Imtihan!!! Imtihan!!! Imtihan!!!
Suasana yang digeruni kebanyakan pelajar sama ada berada di peringkat pengajian bawah dan tinggi juga tidak terlepas daripada kita yang menuntut di bumi Mesir. Setiap manusia tidak akan terlepas daripada mengahadapi imtihan sama ada imtihan dunia atau akhirat. Imtihan atau peperiksaan merupakan suatu proses penilaian terhadap segala apa yang telah dipelajari mengikut tahap seseorang. Begitu jugalah buat semua penuntut Al-Azhar yang akan menghadapi Imtihan tidak lama lagi. Beberapa tips serta cara terbaik sebelum mengahadapinya sepertimana berikut :-
1-Murajaah
Setiap daripada kita hendaklah berusaha membaca kitab yang diperoleh daripada kuliah mengikut madah yang ditetapkan. Hal ini kerana dengan cara berikut akan membantu untuk kita lebih memahami setiap apa yang telah diterangkan daripada dewan kuliah serta melalui kelas tutorial yang telah dihadiri. Selain itu, hendaklah cuba menjadikan kamus sebagai sahabat serta pemudah cara dan bagi meningkatkan lagi pengetahuan bahasa melalui isi di dalam kitab yang agak sukar untuk difahami.
2-Muzakarah
Apabila sudah memahami setiap yang dipelajari, maka cara yang seterusnya adalah dengan bermuzakarah bersama sahabat dengan membentuk kumpulan kecil. Dengan cara begini akan membantu menguatkan lagi pemahaman dan ingatan seseorang. Cara yang lebih berkesan adalah dengan membahagikan kepada setiap seorang mengikut bab-bab yang telah dipelajari. Cara ini juga menjimatkan masa serta merupakan teknik belajar berkesan.
3-Nota Ringkas
Setiap pelajar mempunyai teknik belajar yang tersendiri. Akan tetapi,kebanyakan mereka yang berjaya telah menggunakan teknik membuat nota ringkas iaitu dengan cara mengambil isi-isi penting yang terkandung di dalam kitab,membuat peta minda dan sebagainya. Hal ini kerana seseorang itu tidak perlu bersusah payah menghafal mengikut ayat-ayat daripada kitab semata-mata atau dengan kata lain menggunakan ayat sepenuhnya daripada kitab tersebut.
4-Doa dan Tawakkal kepada Allah
Menjaga hubungan dengan Allah dan manusia juga memberi impak yang besar dalam menggapai kejayaan.Setelah berusaha dengan pelbagai cara,seseorang itu hendaklah sentiasa berdoa serta bertawakkal kepada Allah kerana ilmu dan kejayaan adalah anugerah daripada-Nya.Kita hendaklah sentiasa memohon pertolongan daripada Allah selain berusaha bersungguh-bersungguh dalam menginginkan kejayaan.Selain itu, redha ibubapa juga sangat penting kerana berkat doa merekalah sebahagian daripada cara Allah memudahkan urusan hamba-Nya.Berusahalah dalam menjaga hubungan kita dengan Allah, kedua ibubapa dan orang di sekeliling kerana akan memperoleh keberkatan serta membawa kita untuk cemerlang dunia dan akhirat.
Sama-samalah kita berusaha sehabis baik serta membuat persediaan serapi mungkin bagi menghadapi imtihan yang akan datang. Kejayaan tidak akan datang kepada kita dengan sekelip mata sebaliknya kitalah yang perlu berusaha mencari kejayaan tersebut. Mereka yang hanya mengharapkan pertolongan daripada Allah semata-mata tanpa berusaha terdiri daripada golongan mereka yang rugi dan sifat sebegini tidak sewajarnya ada dalam kalangan para penuntut Azhari. Semoga berjaya!
Maryam binti Imran,
Syariah Islamiyyah, Al Azhar, Kaherah
Muat turun PDF Risalah Fajar Jumaat siri 410
Recent Posts
Recent Comments
Archives
- June 2023
- May 2023
- April 2023
- March 2023
- January 2023
- December 2022
- November 2022
- October 2022
- September 2022
- August 2022
- July 2022
- June 2022
- May 2022
- April 2022
- March 2022
- February 2022
- January 2022
- December 2021
- October 2021
- September 2021
- August 2021
- July 2021
- June 2021
- May 2021
- April 2021
- March 2021
- February 2021
- December 2020
- October 2020
- September 2020
- August 2020
- July 2020
- June 2020
- May 2020
- April 2020
- March 2020
- February 2020
- January 2020
- December 2019
- November 2019
- October 2019
- September 2019
- May 2019
- April 2019
- March 2019
- February 2019
Categories
Recent Posts
- RISALAH KESIHATAN SIRI 112 – DEHIDRASI, BAHAYA ATAU TIDAK? June 2, 2023
- RISALAH FAJAR JUMAAT SIRI 501 – SUDAHKAH KITA BERSYUKUR May 19, 2023
- MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI 2023 (LEBARAN ‘23) May 10, 2023
- MINI BAZAR RAMADAN 2023 (JUADAH ’23) May 10, 2023