pinuppin-up1 winmostbetmostbet az casino

KAHERAH, 30 NOVEMBER 2019 – Keluarga Pelajar-pelajar Kelantan Mesir telah menganjurkan program Himpunan Aktivis KPKM 2019/2020 (HAK) yang bertemakan “Membina Keperibadian Aktivis Berkaliber” bertempat di Surau Wisma Sultan Muhammad V. Program HAK adalah salah satu usaha Unit Perancang di bawah Jabatan Timbalan Yang Dipertua, KPKM 2019/2020 bagi melahirkan pelapis dalam bidang kepimpinan sekaligus “Membina Keperibadian Aktivis Berkaliber” dalam gerak kerja.

Antara objektif program kali ini diadakan bagi melahirkan pelapis yang mantap dalam kepimpinan mengikut landasan syarak sekaligus dapat memperkasa kualiti aktivis demi meningkatkan keunggulan dan kemantapan gerak kerja KPKM. Selain itu, memastikan aktivis KPKM menjayakan usul dan pembawaan KPKM. Dengan program ini juga dapat memupuk kecintaan terhadap KPKM dalam kalangan aktivis dan mengeratkan ukhuwah islamiah dalam kalangan aktivis KPKM.

Program HAK sesi 2019/2020 telah dirasmikan oleh Ustaz Ahmad Subhi bin Zainal Abidin, Anggota Lembaga Penasihat KPKM 2019/2020 dengan memberi penerangan serta fokus berkaitan sejarah penubuhan KPKM dan tokoh-tokoh yang memperjuangkan kebajikan anak-anak Kelantan sejak dulu lagi.

Antara beberapa slot menarik yang dibentangkan di dalam program Himpunan Aktivis KPKM adalah:

  • Slot 1 : Kebendaharaan dan Kesetiausahaan yang dikendalikan oleh dua orang panel yang terdiri daripada pimpinan KPKM sendiri iaitu panel 1 Ustaz Muhammad Adam bin Mohd Rasul, Bendahari Agung KPKM 2019/2020 & panel 2 ialah Ustaz Muhammad Nazhif bin Mohd Razif, Setiausaha Agung KPKM 2019/2020.
  • Slot 2 : Slot Pengurusan Mesyuarat yang dikendalikan sendiri oleh Ustaz Muhammad Asrol Hasnan bin Mohd Zin, Mantan YDP KPKM 2018/2019. Slot pada kali ini sangat menarik kerana aktivis bukan sahaja dibentangkan dengan teori semata tetapi disertakan juga dengan contoh praktikal pengendalian mesyuarat

Majlis Penutup HAK telah dirasmikan oleh YDP KPKM 2019/2020, Ustaz Sayyidi Muizzuddin bin Mohamad Sabri. Dalam slot terakhir ini YDP memberi penerangan tentang usul dan pembawaan KPKM yang disepakati bersama semasa Muktamar Sanawi KPKM baru-baru ini. Majlis diserikan lagi dengan gimik pelancaran kempen HISBAH yang menjadi fokus utama dalam usul pada tahun ini serta kempen Hisbah yang berbunyi ‘Jauhi Maksiat’.

Akhirnya, mudah-mudahan dengan adanya program sebegini dapat menjadi wasilah kepada terlahirnya pelapis dalam bidang kepimpinan sekaligus dapat membina keperibadian aktivis berkaliber dalam gerak kerja KPKM khususnya dan Islam amnya.

Disediakan oleh:
Nik Mohd Asyraaf bin Nik Fauzi
Setiausaha Himpunan Aktivis KPKM 2020 (HAK ’20),
Jabatan Timbalan Yang Dipertua,
Keluarga Pelajar-pelajar Kelantan Mesir 2019/2020

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Fill out this field
Fill out this field
Please enter a valid email address.

keyboard_arrow_up