pinuppin-up1 winmostbetmostbet az casino

HIMPUNAN AKTIVIS KPKM SIRI 1 2022/2023 (HAK SIRI 1 22/23)

KAHERAH, 7 DISEMBER 2022 – Keluarga Pelajar-pelajar Kelantan Mesir 2022/2023 telah mengadakan program Himpunan Aktivis KPKM Siri 1 2022/2023 yang bertemakan “Aktivis Tonggak Pemantapan Kesatuan” dan bertempat di Surau Wisma Sultan Muhammad V. Program HAK adalah salah satu usaha Unit Perancang di bawah Jabatan Timbalan Yang Dipertua KPKM 2022/2023 bagi melahirkan pelapis dalam bidang kepimpinan sekaligus membina keperibadian aktivis yang berkaliber dalam gerak kerja.

Antara objektif program HAK kali ini diadakan adalah bagi melahirkan pelapis kepimpinan yang mantap mengikut landasan syarak sekaligus dapat memperkasa kualiti aktivis demi meningkatkan keunggulan dan kemantapan gerak kerja. Selain itu, memastikan aktivis menjayakan usul dan pembawaan KPKM bagi sesi ini. Dengan program HAK ini juga dapat memupuk kecintaan terhadap kesatuan dalam kalangan aktivis dan mengeratkan ukhuwah islamiah sesama ahli KPKM.

Program HAK pada kali ini telah dirasmikan oleh Ustaz Muhammad Amirul bin Azhar, Koordinator Pengetahuan dan Pendidikan, Majlis Gabungan Badan Kebajikan Anak Negeri sesi 2022. Perasmian ini bertajuk “Bekerja untuk KPKM”.

Antara beberapa slot menarik yang dibentangkan di dalam program ini adalah:

  1. Slot Pengurusan Gerak Kerja yang dikendalikan oleh Ustazah Sitti Najihah binti Abdullah @ Azahari, Setiausaha HEWI KPKM 2022/2023.
  2. Slot Bengkel Kesetiausahaan dan Bengkel Kebendaharaan yang telah dibentangkan oleh Ustaz Muhammad Khairul Amri bin Mohd Nasir, Setiausaha Agung KPKM 2022/2023 dan Ustaz Muhammad Asyraf bin Sulaiman, Bendahari Agung KPKM 2022/2023.

Kemudian, Majlis Penutup HAK telah dirasmikan oleh Ustaz Mohammad Haizat bin Mohd Rashid, Yang Dipetua KPKM 2022/2023. Dalam slot terakhir ini, Yang Dipertua KPKM 2022/2023 telah memberikan penerangan tentang usul dan pembawaan KPKM yang disepakati bersama semasa Muktamar Sanawai KPKM Kali Ke-27 baru-baru ini.

Akhirnya, mudah-mudahan dengan adanya program sebegini dapat menjadi wasilah kepada terlahirnya pelapis dalam bidang kepimpinan sekaligus dapat membina keperibadian aktivis berkaliber dalam gerak kerja KPKM khususnya dan gerak kerja Islam secara amnya.

“Aktivis Tonggak Pemantapan Kesatuan”

Disediakan oleh,

Setiausaha Himpunan Aktivis KPKM Siri 1 2022/2023 (HAK SIRI 1 22/23),

Keluarga Pelajar-pelajar Kelantan Mesir 2022/2023

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Fill out this field
Fill out this field
Please enter a valid email address.

keyboard_arrow_up