pinuppin-up1 winmostbetmostbet az casino

KAHERAH – IHYA’ TARBAWI RAMADAN 2019 ( IHTIRAM ’19 ) anjuran Lajnah Dakwah dan Tarbiah KPKM 2018/2019 bertemakan “Ramadan Dihayati , Reda Ilahi Dikecapi“ telah diadakan di Wisma Sultan Muhammad V, Wisma Tengku Mahkota Kelantan dan masjid sekitar Kaherah. Program bermula pada hari pertama Ramadan dan berakhir pada akhir Ramadan.

Program IHTIRAM ’19 dianjurkan bagi menghidupkan bulan Ramadan dengan pengisian yang bermanfaat serta memberi kefahaman yang sebenar berkaitan konsep ibadat. Selain itu, program ini juga bertujuan melahirkan modal insan yang kuat dari sudut rohani, jasmani, emosi dan intelek serta mengukuhkan ukhuwah islamiah dikalangan ahli melalui aktiviti yang disusun.

Para penggerak IHTIRAM ’19 pada kali ini telah merancang dan menyusun pelbagai aktiviti yang sesuai bagi semua mahasiswa dan mahasiswi di bulan Ramadan. Antara aktiviti yang disusun ialah Solat Terawih Berjemaah bagi kedua-dua wisma ,Tukaran Juadah Berbuka , Sahur Jamaei , Kuiz Ramadan setiap pagi jumaat , Tadarus Al-Quran , Tazkirah Terawih , Iftar Ziarah ( IFRAH ) , Ziarah masjid – masjid terpilih , dan Iftar bersama BKAN taakhi dan DPM Shoubra ( IT’AM ). Selain itu , terdapat juga Majlis Ceramah Nuzul Al-Quran dan Ceramah Badar Kubra.

Dikesempatan ini , pihak penggerak telah mengambil kesempatan untuk menjemput imam dari Shoubra bagi mengimami solat sunat terawih pada setiap hari khamis dengan membaca bacaan qiraat. Seterusnya, program ini juga dimeriahkan lagi dengan aktiviti Qiamullail secara berjemaah bagi kedua-dua wisma pada setiap pagi jumaat  dan  sahur jamaei dilakukan secara bergilir antara dua wisma.

IHTIRAM ’19 pada kali ini telah memutuskan untuk memilih empat buah masjid untuk diziarah. Antara masjid yang menjadi pilihan ialah masjid Tantawi , masjid Amru Al-As , masjid Ar-Rahman Ar-Rahim dan masjid Ar-Rahman. Dua masjid sekitar sabiek dan dua masjid luar sabiek. Ziarah masjid pada kali ini diadakan pada hari sabtu dan rabu. Penyertaannya terhad kepada mahasiswi KPKM sahaja.

Antara aktiviti yang melibatkan semua ahli KPKM ialah Ceramah Nuzul Al-Quran dan Iftar Maan ( IT’AM ’19 ). Aktiviti ini diadakan pada 16 mei  2019 bersamaan 11 Ramadan 1440H bertempat di Wisma Sultan Muhammad v . Majlis bermula pada jam 3.30 petang dan berakhir pada jam 8.00 malam. Ceramah Nuzul Al-Quran pada kali ini disampaikan oleh Syeikh Abdul Rahman Sayyid Ali bin Abdul Majid dibawah tajuk “ Ramadan Bulan Al-Quran “. Turut dijemput juga wakil Bkan taakhi dan wakil DPM Shoubra untuk iftar bersama.

Seterusnya, Majlis Ceramah Badar Kubra pada IHTIRAM kali ini diganti dengan program Raudhah’19 anjuran Majlis Gabungan Badan kebajikan Anak Negeri ( MG BKAN). Ia melibatkan semua mahasiswa dan mahasiswi Malaysia yang berada di Mesir dan bertempat di Dataran Hayyu Asyir. Diadakan pada hari khamis 23 mei 2019 bersamaan 18 Ramadan 1440H. Antara pengisiannya ialah Pembacaan Kitab ثلاثيات امام البخاري  yang disampaikan oleh Syeikh Rifaat Fauzi Abdul Mutalib dan Tazkirah Ramadan dibawah tajuk “ Kemenangan Hittin : Bekalan Muslim Moden “ yang disampaikan oleh Ustaz Wan Khairuddin bin Wan Isa.

Pada 2 jun 2019 telah diadakan Majlis Khatam Al-Quran dan Perasmian Penutup IHTIRAM ’19. Majlis berlangsung bermula pada jam 3.30 petang. Kelainan majlis pada kali ini ialah pihak penggerak menyediakan slot pengisian berkaitan Fiqh Raya yang  mana disampaikan oleh Ustaz Abdullah bin Husin , aktivis KPKM 18/19. Selain itu, majlis diteruskan lagi dengan Majlis Khatam Al-Quran dan Majlis Penutup. Majlis penutup IHTIRAM’19 pada kali ini dirasmikan oleh Ustaz Asrol Hasnan bin Mohd Zin, Yang Dipertua KPKM 18/19. Disamping menunggu waktu berbuka, Majlis diteruskan lagi dengan tayangan video travelog dan pembahagian makanan kepada ahli.

Mudah-mudahan objektif utama program ini dianjurkan, iaitu untuk menghidupkan bulan Ramadan serta memberi kefahaman yang sebenar berkaitan konsep ibadat dapat dicapai melalui aktiviti-aktiviti yang  disusun. Semoga melalui pelaksanaan aktiviti-aktiviti pada IHTIRAM’19 kali ini juga dapat mengukuhkan lagi ukhuwah antara ahli KPKM dan merealisasikan pembawaan YDP iaitu ukhuwah.

Disediakan oleh :
Muhammad Arif bin Che Hamid
Setiausaha Ihya’ Tarbawi Ramadan 2019
Lajnah Dakwah dan Tarbiyah, Keluarga Pelajar-pelajar Kelantan Mesir 2018/2019

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Fill out this field
Fill out this field
Please enter a valid email address.

keyboard_arrow_up