pinuppin-up1 winmostbetmostbet az casino

Bersukan atau beriadah sering dikaitkan dengan meningkatkan kesihatan dan kecergasan. Pepatah Arab ada menyatakan “akal yang sihat datang daripada badan yang sihat”. Islam juga menggalakkan umatnya kuat dan sihat seiring dengan sepotong hadis riwayat Imam Bukhari, sabda Rasulullah s.a.w, “Seorang mukmin yang kuat itu lebih baik dan disayangi Allah dari seorang mukmin yang lemah”. Malah sukan memanah dan berkuda juga adalah salah satu sunnah Rasulullah SAW. Ini jelas menunjukkan bahawa perkaitan antara akal dan kesihatan jasmani adalah sangat rapat.

Badan yang sihat adalah pemangkin kepada akal yang cerdas. Apabila akal yang cerdas dilengkapi dengan rohaniah yang utuh, ia menghasilkan manusia yang berketerampilan, bersemangat dan bersedia menghadapi cabaran.

Sihat adalah keperluan Mempunyai badan yang sihat adalah perlu untuk meneruskan kehidupan. Pelajar mahupun pekerja memerlukan badan yang sihat untuk menggalas tanggungjawab masing-masing. Pendakwah juga mesti memiliki badan yang cergas dan minda yang cerdas kerana tanggungjawab mereka juga tidak mengira batasan tempat dan waktu.

Terdapat pandangan bahawa beriadah adalah sangat menyusahkan, mengambil masa serta badan menjadi letih. Pan
dangan ini harus ditepis kerana kebaikan beriadah dan bersukan adalah amat banyak. Pertama, ia meningkatkan pengaliran darah dalam badan, mengeluarkan peluh dan
seterusnya menjadikan tubuh badan lebih cergas dan sihat.

Banyak kajian menunjukkan kebaikan beriadah, walaupun setakat berjalan kaki kerana ia membantu organ-organ dalaman berfungsi dengan lebih baik dan mengawal stamina tubuh. Malah tekanan juga dikatakan dapat dilepaskan melalui beriadah dan bersukan.

Kedua, beriadah dan bersukan boleh mengeratkan hubungan silaturrahim sesama manusia. Kegiatan-kegiatan sukan yang dilakukan bersamasama dengan orang lain mampu memupuk semangat kekitaan dan toleransi. Ketiga, mengelak remaja daripada terjebak masalah sosial dan mempertingkat kualiti kehidupan.

Masa senggang selalu menyebabkan remaja hilang fokus dan menyebabkan salah guna masa berlaku. Alangkah baiknya sekiranya masa-masa ini dapat diisi dengan kegiatan yang lebih berfaedah dan memberi manfaat. Sekiranya kita tidak menyedari kepentingan bersukan dan beriadah, masih tidak terlambat untuk kita mula beriadah dan mengamalkan gaya hidup yang lebih sihat. Gunakan masa sihat sebelum sakit, dan untuk sihat kita perlu penjagaan dan amalan hidup yang baik. Kesihatan fizikal, bersama-sama kekuatan mental dan spiritual menjadikan seorang remaja lebih berdisiplin, ceria, bermotivasi, berdaya saing dan bersiap-siaga. Potensi remaja sebeginilah yang bakal membangun generasi akan datang ke arah masyarakat yang maju dan bersedia menghadapi apa jua cabaran yang datang. JOM BERIADAH!

Noor Hazimie bt. Che Harata

Markaz Bahasa Arab.

Muat turun PDF Risalah Kesihatan siri 47

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Fill out this field
Fill out this field
Please enter a valid email address.

keyboard_arrow_up