pinuppin-up1 winmostbetmostbet az casino

APA ITU JEREBU ?

Jerebu adalah zarah-zarah kecil yang berkumpul di paras rendah atmosfera dan akan mengaburi pandangan dan mungkin menyebabkan masalah pernafasan. Jerebu menyebabkan penglihatan kurang jelas dan mengurangkan jarak penglihatan .

Jerebu juga terhasil daripada tindak balas kimia yang kompleks yang berlaku seperti gas sulfur dioksida yang dikeluarkan semasa pembakaran ditukarkan kepada titisan seni asid sulfurik. Reaksi ini dipertingkatkan dengan kehadiran cahaya matahari, kelembapan tinggi, dan keheningan udara. Bahan utama pencemaran di udara semasa jerebu terdiri daripada bahan partikel yang berukuran kurang dari 10mm/m3 diameter, Ozon, Gas Karbon monoksida, Gas Nitrogen dioksida dan Sulfur dioksida. Apa yang berlaku ketika jerebu ialah bahan pencemaran di udara tertumpu kepada sesuatu kawasan dan menyelimutkannya dan ini secara umumnya mengakibatkan pemandangan kurang jelas dan menjadi satu ancaman kesihatan terutamanya kesihatan sistem pernafasan.

Indeks Pencemaran Udara Indeks Pencemaran Udara (IPU) merupakan salah satu cara untuk mengetahui tahap teruknya jerebu. Ia melibatkan pengukuran kuantiti zarah halus merbahaya seperti karbon monoksida, sulfur dioksida, nitrogen dioksida dan ozon. Pengelasan tahap kualiti udara mengikut IPU adalah seperti berikut:


Anda boleh merujuk portal http://apims.doe.gov.my untuk mengetahui bacaan IPU semasa.

Jerebu boleh menyebabkan masalah kesihatan kepada:
1. Kanak-kanak.
2. Orang tua.
3. Pesakit lelah dan penyakit pernafasan lain.
4. Perokok.

Antara gejala akibat pendedahan kepada jerebu ialah:
1. Iritasi kerongkong dan batuk-batuk.
2. Kesukaran bernafas atau hidung tersumbat.
3. Iritasi di mata serta mata yang merah.
4. Kulit terasa gatal.

Antara perkara yang boleh dilakukan untuk mengelak masalah-masalah akibat jerebu ialah:
1. Jangan keluar rumah tanpa keperluan mendesak serta tutup semua pintu dan tingkap.
2. Pakai penutup muka dan hidung jika terpaksa keluar.
3. Tidak merokok di kawasan IPU tinggi.
4. Kurangkan pengunaan kenderaan terutama motosikal.
5. Sentiasa basuh bahagian yang terdedah seperti tangan dan muka.
6. Kerapkan mandi.
7. Banyakkan minum air putih.
8. Sediakan ubat jika anda mempunyai penyakit pernafasan.
9. Makan madu dua sudu setiap hari.
10. Tidak melakukan pembakaran terbuka.

. Kesimpulannya, ramai yang menuding jari menyalahkan pihak tertentu apabila berlaku jerebu teruk sehingga menjejaskan kehidupan. Namun pasti ada sesuatu disebalik kejadian sebagai peringatan kepada kita selaku hamba Allah dan pasti banyak hikmah atau kebaikan tersembunyi disebalik berlakunya bencana jerebu ini. Sama-samalah kita berdoa kepada Allah dilindungi dari segala bala bencana dan musibah yang berlaku disebabkan tangan-tangan manusia.

Fariza bt Mohd
Kuliah Syariah Islamiah

Muat turun PDF Risalah Kesihatan siri 69

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Fill out this field
Fill out this field
Please enter a valid email address.

keyboard_arrow_up