pinuppin-up1 winmostbetmostbet az casino

Minuman berkafein ataupun kopi menjadi kegemaran bagi kebanyakan pelajar universiti. Ada yang ketagih dengan kopi, setiap hari wajib pekena segelas kopi. Ada juga yang hanya mengambil minuman berkafein ketika musim peperiksaan menjelma. Bagaimanapun, minuman berkafein ada baik dan buruknya kepada tubuh badan kita. Ia bergantung pada jenis kopi dan jumlah pengambilan kopi tersebut.

Berita gembira bagi peminat kopi. Kafein memberi banyak kebaikan kepada tubuh anda. Antara kebaikan minuman berkafien ini ialah dapat meningkatkan memori jangka pendek manusia kerana kandungan kafein mengalami proses kimia yang dapat membantu mendapatkan maklumat serta fokus terhadap maklumat yang diperoleh. Kafein juga membantu meredakan sakit kepala. Malah, ubat sakit kepala dan migrain mengandungi kafein dalam jumlah yang sedikit. Minuman berkafein mengandungi antioksidan yang tinggi lebih banyak daripada sayur-sayuran dan buah-buahan. Antioksidan adalah bahan yang melindungi sel tubuh daripada kesan radikal bebas.

Selain itu, kafein dapat mengurangkan risiko menghidap penyakit Parkinson dan Alzheimer. Parkinson ialah penyakit yang berkaitan dengan sistem saraf yang menyebabkan otot menjadi lemah. Dalam satu review yang dikeluarkan pada tahun 2007 dalam Neurological Research, tabiat meminum kopi secara berterusan membantu mencegah Parkinson. Penghidap Alzheimer pula akan megalami masalah ingatan, pemikiran dan tingkah laku. Penyakit ini kebanyakannya adalah disebabkan faktor umur yang meningkat. Namun, 5% penghidap Alzheimer adalah golongan muda. Walaubagaimanapun, simptom penyakit dapat dilihat ketika usia mereka 40 atau 50. Jika anda mengalami tekanan, mungkin kopi boleh meredakan sedikit tekanan anda. Menurut kajian orang yang meminum kopi dapat mengurangkan tekanan hingga 10 %.

Kopi boleh menurunkan risiko menghidap kencing manis (Diabetes Mellitus Type 2) bagi mereka yang masih terselamat daripada penyakit tersebut. Malangnya, bagi pesakit yang telah menghidap kencing manis atau diabetes, mengambil minuman berkafein boleh memburukkan lagi keadaan. Ini kerana kafein yang terkandung dalam minuman tersebut mengganggu sistem dalaman menyebabkan badan semakin sukar untuk mengawal kandungan gula dalam darah.

Namun minuman berkafien juga mengundang keburukan jika diambil terlalu banyak. Contohnya, meminum kopi sebanyak 4 cawan sehingga 7 cawan sehari (500-600 mg kafein) akan mengundang pelbagai masalah. Namun, bagi wanita mengandung, pengambilan kafein sehingga 100 mg sehari mudah berisiko mengalami keguguran. Oleh itu, wanita hamil tidak digalakkan meminum minuman berkafein. Hospital Christchurch, New Zealand menyatakan wanita hamil yang mengambil kopi terlalu kerap melahirkan bayi yang sukar bernafas ketika dilahirkan.

Kandungan kafein yang terlalu banyak menyebabkan kandungan kalcium di dalam air kencing tidak diserap oleh tubuh. Kalcium sangat berguna untuk menguatkan tulang dan mengelakkan osteoporosis (tulang menjadi lemah, terjadi terutama dalam kalangan warga tua). Selain itu, terlalu banyak kafein merupakan penyebab kepada sakit jantung hasil daripada hypertension. Kesannya, jantung akan berdenyut kuat dan tidak teratur.

Kesan sampingan kopi jika diambil secara berlebihan boleh menyebabkan anda mengalami sakit kepala. Selain itu, boleh menimbulkan rasa was-was atau cemas terutama bagi mereka yang jarang mengambil kafein. Insomnia ataupun sukar tidur juga akan berlaku kerana kafein merupakan suatu zat yang merangsang sistem saraf pusat. Kafein juga boleh meningkatkan kandungan asid di dalam perut kita. Keadaan tersebut boleh menyebabkan sakit perut dan cirit birit.

Kesimpulannya, pengambilan kafein sangat baik jika diambil dengan kadar yang sederhana. Jika diambil terlalu banyak dan berterusan akan memberi kesan negatif kepada tubuh.

Siti Shahirah binti Hashim,
Perubatan Universiti Al-Azhar.

Muat turun PDF Risalah Kesihatan siri 79

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Fill out this field
Fill out this field
Please enter a valid email address.

keyboard_arrow_up