pinuppin-up1 winmostbetmostbet az casino

KEDUDUKAN HATI DALAM DIRI

“Sesungguhnya orang-orang yang beriman ialah mereka yang apabila disebut nama Allah gementarlah hati mereka, dan apabila dibacakan ayat-ayatNya bertambahlah iman mereka, dan hanya kepada Tuhanlah mereka bertawakkal” (Surah al-Anfal: 2)

Kelemahan para dai khususnya pada zaman ini adalah mengambil mudah kepada tarbiah hati yang sepatutnya menjadi keutamaan dalam penjagaannya. Setiap manusia itu sudah tahu tentang pentingnya “keadaan’’ hati, kerana hati ini lah yang akan dipersembahkan kepada Tuhan.

Mari kita cuba renung dan tenung, bolehkah seorang yang hatinya kotor mengubati hati insan yang juga kotor? Jika difikir akal, sudah semestinya ini sesuatu yang pelik. Di saat kita cuba membantu insan lain untuk menjalani kehidupan sebagai hamba rabbani, namun kita yang cuba menunjuk arah pun sudah tersasar jiwanya. Nauzubillahi min zalik.

Kita risau, kita rasa hebat apabila mampu mentarbiah insan lain dengan “cara” kita, disangka dia semakin dekat kepada Allah SWT, rupa-rupanya semakin jauh dari Allah SWT. Sungguh, penjagaan hati ini sangat penting. Lebih-lebih lagi kepada yang bergelar dai. Siapakah dai? Kamulah, yang sedang membaca ini.

PENDAKWAH DAN KEPENTINGAN MEMELIHARA HATI

Antara tanda hati masih sihat ialah bersih daripada keinginan menipu, dengki dan permusuhan. Dalam hadis Rasulullah SAW ada meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW pernah ditanya: “Siapakah orang yang paling baik, ya Rasulullah?”. Jawab Rasulullah SAW: “Tiap mukmin yang makhmumul qalbi.” Beliau ditanya “Apakah yang dimaksudkan dengan makhmumul qalbi?” Beliau menjawab. “Iaitu orang yang amat bertaqwa, tidak menipu, zalim, khianat, mengambil yang bukan hak dan tidak menaruh hasad dengki.”

Qudwah kita iaitu Rasulullah SAW yang menjadi teladan bagi kita telah mengajarkan cara memelihara hati supaya subur dan bersih. Berikut adalah beberapa contoh ajaran dari sunnah bagi sesiapa yang menurut jejak langkah orang yang tinggi martabat ruhiyyah mereka dan ingin mencapai darjat rabbaniyyah.

  • ZIKRULLAH

    Zikrullah itu semestinya menjadi amalan zikir bagi setiap pendakwah. Rasulullah  SAW sudahpun mewariskan kepada kita beberapa amalan zikir yang boleh dibaca sehari semalam.

  • MURAQABATULLAH

    Pendakwah harus tahu bahawa urusan hidup ini terbahagi kepada tiga jenis, iaitu:

    1. Suatu yang jelas baik dan wajar, maka hendaklah dituruti.
    2. Yang jelas buruk dan merugikan , maka hendaklah dihindari.
    3. Suatu yang kabur, maka hendaklah ditanyakan tentang itu kepada orang yang tahu.

  • BERJIHAD MELAWAN NAFSU

    Yahya bin Mu’az berpesan:

    “Berjihadlah melawan nafsu dengan riadah (latihan rohani).”

    Latihan riadah ini terbahagi kepada empat jenis:
    1. Sedikit makan.
    2. Sedikit tidur.
    3. Bercakap sekadar perlu.
    4. Sabar menanggung gangguan orang lain.

Oleh sebab itu, dalam Islam amalan hati memiliki kedudukan yang sangat tinggi. Boleh dikatakan, pahala dari amalan hati lebih besar daripada amalan badan. Sebagaimana dosa hati lebih besar daripada dosa badan. Hati ibarat pemimpin bagi badan. Baiknya hati akan mempengaruhi pada baiknya amalan badan dan buruknya hati akan mempengaruhi pada buruknya amalan badan.

 

Disediakan oleh:
Nurul Afifah binti Mad Alwi
Kuliah Syariah Islamiah, Universiti Al-Azhar, Kaherah

Sumber: Bahtera Penyelamat Dalam Kehidupan Pendakwah

Muat turun PDF Risalah Fajar Jumaat siri ke 468

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Fill out this field
Fill out this field
Please enter a valid email address.

keyboard_arrow_up