pinuppin-up1 winmostbetmostbet az casino

Keselamatan dalam penggunaan komputer pada arus globalisasi ini adalah sangat wajar dan penting sekali. Hal ini kerana dengan komputer, pelbagai perbuatan jahat boleh dilakukan. Jadi, sebagai pengguna kita haruslah mengambil tahu tentang keselamatan dalam penggunaan komputer agar tidak berlaku perkara-perkara yang akan mengganggu keamanan dan hak-hak privasi kita.

Definisi Keselamatan Komputer
Keselamatan komputer boleh ditakrifkan sebagai menjaga keamanan atau kesejahteraan komputer samada dari segi sistem dan perisian, data mahupun perkakasan. Keselamatan komputer juga bermaksud amalan melindungi sistem komputer dari kegagalan, ancaman, risiko dan kelemahan dari pelbagai sudut seperti kesalahan manusia atau operasi, serangan dan bencana alam yang boleh menyebabkan maklumat menjadi terdedah atau maklumat dipinda secara tidak sah, kemusnahan, atau denial-of-service.

Asas Keselamatan Komputer
Keselamatan komputer meliputi 4 asas, iaitu:

Kerahsiaan
Mencegah maklumat rahsia dibaca atau diketahui oleh orang yang tidak berdaftar. Jenis
capaian- boleh baca, lihat, cetak atau dengan hanya mengetahui kewujudan sesuatu objek atau aset dalam sistem komputer.

Integriti
Mencegah sebarang ubah suai oleh orang yang tidak berdaftar. Jenis ubah suai: menulis, mengubah, menukar (status), hapus atau cipta.

Kesediaan
Orang yang berdaftar tidak sepatutnya dihalang dari mencapai suatu aset/data selagi beliau mempunyai capaian yang dibenarkan.

Penggunaan yang betul
Orang yang berdaftar menggunakan sistem komputer dengan cara betul atau dibenarkan. Jika diikuti, ini boleh mengelak kegagalan sistem, jenayah komputer atau kerosakan akibat kecuaian manusia.

Cara-Cara Menjaga Keselamatan Komputer

1. Pencegahan Dari Jangkitan Virus
-Untuk mengenal pasti virus, komputer memerlukan perisian antivirus. Perisian ini mampu mengesan disk dan perisian yang mempunyai virus dan memusnahkannya. Kita juga perlulah kerap mengimbas PC dari serangan Trojan, Virus, dan Sniffer. Jangan download e-mail attachment yang belum discan ke dalam PC terutamanya yang mengandungi ‘.com, vb, dll, exe’, di hujung nama fail berkenaan kerana itu semua adalah virus.

2. Fail Pengenalan Virus (Virus SignatureFile)
– Kesemua perisian anti-virus merujuk kepada pengkalan data yang menyimpan maklumat mengenai virus apabila memeriksa sesuatu fail yang dijangkiti. Oleh yang demikian, adalah penting untuk kita sentiasa update fail tersebut untuk mengesan virus-virus baru.

3. Menghalang password Cra cker
-Gunakan random password hasil daripada kombinasi nombor huruf kecil dan besar serta simbol.
-Gunakan semaksimum mungkin password yang dibenarkan.
-Sering menukar password sekurangkurangnya sebulan sekali dalam LAN atau seminggu sekali dalam persekitaran internet.

4. Gunakan Internet Firewall
– Merupakan perisian atau perkakasan yang membantu menghalang penggodam, virus, dan cacing (worms), daripada mengakses komputer anda.
– Firewall merupakan pertahanan barisan hadapan yang paling penting bagi keselamatan komputer.

ASPEK DALAM KESELAMATAN KOMPUTER

Keselamatan komputer meliputi 4 aspek penting iaitu:
1. Tanggungjawab
2. Keselamatan fizikal
3. Keselamatan sistem
4. Keselamatan data

Antara aspek yang lain iaitu:
– suhu komputer sebaiknya tidak lebih daripada 40 ° C.
– komputer perlu menggunakan alat pelaras arus elektrik seperti AVR atau UPS supaya voltan elektrik yang masuk ke komputer sentiasa terkawal dan stabil.
– Elakkan dari terlalu banyak menggunakan socket extension.

Sumber : suenabila.blogspot.com

Muat turun PDF Risalah Multimedia siri 14

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Fill out this field
Fill out this field
Please enter a valid email address.

keyboard_arrow_up