pinuppin-up1 winmostbetmostbet az casino

Tidur merupakan salah satu nikmat daripada Allah SWT yang seringkali luput daripada ingatan kita. Bayangkan jika kita menghidap penyakit insomnia (gangguan tidur) mungkin ketika itu baru kita menghargai betapa nikmatnya memperoleh tidur yang lena dan cukup setiap malam tanpa gangguan. Tidur seorang muslim diniatkan sebagai ibadah untuk menjaga kesihatan agar dapat berterusan melakukan ketaatan kepada Yang Maha Esa. Umum mengetahui bahawa sihat tubuh badan merupakan salah satu item daripada 10 muwasafat tarbiah bagi menjamin kejayaan kita di dunia dan akhirat kelak.

Dalam Islam terdapat beberapa waktu tidur yang kita sebagai umat Islam harus patuhi. Melalui ceramah yang dikendalikan oleh Dr. Hamza al-Hamzawi dalam ceramahnya iaitu “The Art of Sleeping”, beliau telah menyenaraikan kitaran tidur (sleep cycle) yang selari dengan Islam:

1) Tidur dari pukul 9 malam hingga 12 malam selepas Isyak. Tidur pada waktu ini adalah waktu tidur yang paling bermanfaat. Seseorang itu boleh dapat tidur yang nyenyak pada waktu ini. Waktu ini juga terdapat keberkatan di mana 1 jam waktu tidur bersamaan dengan 3 jam waktu tidur. Pada masa ini kelenjar pineal mengeluarkan hormon melatonin iaitu hormon yang mengawal kitaran tidur.
2) Tidur pada dari pukul 12 pagi hingga 2 pagi, waktu ini terdapat 20% waktu tidur nyenyak dan selebihnya iaitu 80% adalah ‘dream sleeping’ yang tidak berguna. Pada masa ini tidur 1 jam bersamaan dengan 1 jam waktu tidur.
3) Pukul 2 pagi hingga 5 pagi sebelum Subuh (Fajar) sebenarnya bukan lagi waktu tidur tetapi waktu yang paling sesuai untuk menghafal kitab, mengingati Allah, zikir, istighfar dan penumpuan mental.
4) Tidur selepas Subuh (selepas Fajar), pada waktu ini adalah waktu tidur yang tidak bermanfaat kerana 3 jam tidur bersamaan dengan 1 jam waktu tidur ditambah dengan kelesuan, kekeliruan, dan hilangnya fokus. Pembebasan hormon melatonin oleh kelenjar pineal berkurangan selepas 40 tahun dan berhenti selepas 50 tahun. Kemudian seseorang itu harus memanfaatkan apa yang telah tersimpan dalam badan sehingga sepanjang hayatnya. Jadi, jika seseorang mendapat Alzheimer dan permulaan Dementia, bermakna dia telah tidur lewat sepanjang hidupnya. Memahami konsep tidur sebagai pejuang, Dr Hamzah al-Hamzawi memilih waktu tidur berkualiti itu bermula dari jam 10 malam hingga 1 pagi. Menurut kajian beliau, untuk bangun dengan cergas, kita tak perlu tidur selama 8 jam seperti kajian barat. Tetapi cukup dengan tidur selama 3 jam sahaja. Tetapi waktu tidur itu mestilah dari pukul 9 malam hingga 12 malam (tapi kita di zaman sekarang ni kalau kita dapat tidur tepat pukul 10 dan bangun jam 2 pagi itu dah lebih dari baik). Tidur pada waktu itu memberikan 80 peratus kelebihan berbanding waktu tidur yang lain. Pejuang yang menggunakan waktu tidurnya dengan berkualiti dapat menghasilkan cas tenaga bekerja berkualiti.

Firman Allah SWT bermaksud: Dan Dialah yang menidurkan kamu pada waktu malam dan mengetahui apa yang kamu kerjakan pada siang hari, kemudian Ia bangunkan kamu (dari tidur) padanya, untuk disempurnakan ajal (masa umur kamu) yang telah ditetapkan. Kemudian kepada-Nyalah tempat kamu kembali, kemudian Ia menyatakan kepada kamu apa yang kamu lakukan. (Surah al-An’am, ayat 60)

Berdasarkan sunnah, Rasulullah SAW sememangnya tidur di awal malam kerana tidur pada waktu ini adalah waktu tidur yang paling bermanfaat. Muslim sejati merancang tidur yang berkualiti, Allah SWT mendidik hamba-Nya untuk memanfaatkan masa tidurnya. Dalam sejarah, Allah SWT pernah menidurkan pemuda Ashabul Kahfi yang dianggap sebagai tidur kemenangan.

Firman-Nya yang bermaksud: Allah Yang Menguasai segala-galanya), Ia mengambil dan memisahkan satu-satu jiwa dari badannya, jiwa orang yang sampai ajalnya semasa matinya, dan jiwa orang yang tidak mati: dalam masa tidurnya; kemudian Ia menahan jiwa orang yang Ia tetapkan matinya dan melepaskan balik jiwa yang lain (ke badannya) sehingga sampai ajalnya yang ditentukan.

Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi tanda yang membuktikan kekuasaan Allah bagi kaum yang berfikir (untuk memahaminya). (Surah az-Zumar, ayat 42)

Orang beriman meyakini tidur itu adalah cara Allah SWT mematikan seketika hidupnya. Ulama dan saintis Islam juga percaya kualiti waktu tidur menghasilkan kuantiti kerja yang berkualiti. Justeru, bagi memastikan setiap pekerjaan berkesan dan tidur kita diredai, hayatilah cara tidur pejuang Nabi dan Rasulullah. Ayuh para pejuang agama Allah sekalian, sama-sama kita manfaatkan waktu tidur yang menjadi salah satu tanda ketaatan kita kepada-Nya. Biiznillah, kejayaan dunia dan akhirat akan menjadi milik kita bersama.
Sirru ala Barakatillah.

AJ Perubatan
Cawangan al-Azhar

Muat turun PDF Risalah Kesihatan siri 80

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Fill out this field
Fill out this field
Please enter a valid email address.

keyboard_arrow_up