pinuppin-up1 winmostbetmostbet az casino

KUNJUNG HORMAT PIMPINAN KPKM BERSAMA PEGAWAI KEBAJIKAN PELAJAR KELANTAN TIMUR TENGAH

 

KAHERAH – 9 Jun 2022, telah berlangsung Kunjung Hormat Pimpinan Keluarga Pelajar-pelajar Kelantan Mesir 2021/2022 bersama ustaz Che Khairuleffendi bin Che Kamaruzaman, Pegawai Kebajikan Pelajar Kelantan Timur Tengah yang bertempat di Dewan Dr. Tengku Muhammad Fa-iz Petra, Wisma Tengku Mahkota Kelantan.

Kunjung Hormat ini diketuai oleh ustaz Abdullah Khairi bin Abdullah, Yang Dipertua KPKM bersama barisan Pimpinan KPKM 2021/2022. Majlis turut dihadiri oleh barisan Anggota Lembaga Penasihat KPKM 2021/2022.

Agenda yang dibawa pada kunjung hormat kali ini lebih kepada suai kenal di peringkat pimpinan KPKM bersama pegawai. Sesi dua hala diadakan dengan lontaran persoalan yang diajukan serta perkongsian idea dan pengalaman daripada pegawai untuk penambahbaikan pada masa akan datang.

Ustaz Che Khairuleffendi juga turut menyatakan bahawa perlunya kebersamaan kita dalam membawa agenda pendidikan dan kebajikan buat pelajar-pelajar Kelantan di Mesir.

Semoga jalinan yang diadakan ini dapat mengeratkan lagi hubungan antara KPKM dan Pejabat Pegawai Kebajikan Pelajar Kelantan Timur Tengah.

“Belajar dan Beramal”
“Memurnikan Pemikiran Melestarikan Kesatuan”
#BersamaBersatu
#BersamaBersatuMenjagaWarisan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Fill out this field
Fill out this field
Please enter a valid email address.

keyboard_arrow_up