pinuppin-up1 winmostbetmostbet az casino

Kejatuhan empayar Khalifah Uthmaniah menjadi sejarah hitam umat Islam setelah ratusan tahun mentadbir sebahagian besar dunia. Banyak faktor yang menyebabkan dunia Islam kehilangan mahkota The Ottoman Empire, faktor kelemahan sistem pemerintahan khalifah, hutang, perpecahan dan pemberontakan bangsa arab terhadap Khilafah dan sebagainya. Lawrence of arabia adalah tokoh utama dalam meruntuhkan empayar khilafah Turki Uthmaniah. Thomas Edward Lawrence dilahirkan di Wales pada tahun 1888. Nama Lawrence adalah dari gelaran kebangsawanan kerabat ibunya (Sarah Junner) miss Lawrence. Beliau berpindah ke England bersama keluarganya pada usia belasan tahun. Di sana beliau bergiat aktif di gereja dan pernah menyertai Academy Of British Army pada 1905. Kemudian, beliau mendapat pendidikan agamanya di Jesus College, Oxford pada 1907 dan lulus denngann tesis “The Influece of Crusades on European Military Architecture To The End Of The 12 th Century” pada 1909. Setahun kemudian beliau mengambil jurusan arkeologi dan mengembara ke timur tengah sebagai pakar arkeologi untuk mengkaji kesankesan peninggalan sejarah sehinggalah ke tempoh perang dunia pertama.

Ketika perang dunia berlaku beliau direkrut menjadi agen pengintip bagi pihak British untuk melakukan misi pengintipan dan mengkaji kawasan gurun Negev. Beliau yang ditemani rakan arkeologinya, Woodley, dengan pembiayaan Palestine Exploration Fund. Hasilnya, beliau mendapati jalur Negev menjadi laluan pasukan tentera Kerajaan Uthmaniah ke Mesir dan pengkalan tenteranya. Selain itu, penemuan mereka yang lebih penting adalah keperluan ketenteraan seperti sumber air untuk British menakluk wilayah yang berada di bawah Uthmaniah.

Apabila British mendapati kepentingan mereka di Mesir dan Syria sebagai wilayah yang strategik untuk menentang kerajaan Turki Uthmaniah, maka Lawrence sekali lagi direkrut dan menjadi staf intelligent GOC (General Officer Commanding) pasukan khas tentera British di Timur Tengah dengan pangkat kapten. Lawrence merupakan seorang poliglot iaitu mempunyai kelebihan dan kepakaran menguasai banyak bahasa asing. Beliau mampu bertutur dalam Bahasa Perancis, Jerman, Turki, Yunan dan Bahasa Arab. Dengan kelebihan ini, beliau ditugaskan untuk menyelinap masuk ke dalam kabilah-kabilah arab dan memulakan misi memprovokasi dan menghasut pemuka-pemuka kabilah dan mencetuskan pemberontakan terhadap kerajaan Turki Uthmaniah. Dengan penyamarannya sebagai seorang yang minat terhadap Islam, beliau menghadiri majlis-majlis pengajian, bergaul dengan masyarakat arab di Madinah, berpakaian dan berperwatakan seperti orang arab, mula menghasut untuk melancarkan revolusi terhadap khilafah.

Lawrence mencetuskan perpecahan dikalangan bangsa Arab dengan menanamkan semangat asobiah kebangsaan untuk menentang kerajaan Uthmaniah yang berbangsa Turki. Beliau berjaya melahirkan figure berbangsa arab iaitu Amir Faishal yang memimpin gerakan pemberontakan menentang khalifah Uthmaniah secara gerilla. Mereka cuba menyerang kubu khalifah di Madinah namun gagal, kemudian mereka menuju ke Palestin. Dengan menjanjikan pangkat dan penghormatan kepada Amir Faishal, tanah Palestin menjadi saksi pertempuran sengit tentera Arab yang telah disuntik semangat asobiah kebangsaan dengan tentera Turki Uthmaniah. Dalam pertempuran ini, mereka dibantu oleh kabilah-kabilah arab badwi yang mana ada dikalangan mereka adalah perompak padang pasir. Bantuan kabilah-kabilah ini adalah hasil daripada hasutan Lawrence demi menjayakan misinya untuk menghancurkan empayar Uthmaniah.

Dengan kejayaan Lawrence menanam jarum perpecahan bangsa arab dan menyemarakkan api pemberontakan terhadap khilafah. Setelah berhasil meruntuhkan empayar Uthmaniah, beliau mengorak langkah dengan meneruskan strategi memecahkan negara-negara arab dan diberikan pemerintahan negara-negara tersebut kepada boneka-boneka Inggeris untuk melemahkan kekuatan umat Islam. Kisah Lawrence ini diadaptasi dari filem “Lawrence Of Arabia” yang dikeluarkan pada tahun 1962 dan telah memenangi beberapa kategori di Award Academy ke-35.

Sehingga kini perpecahan umat Islam menjadi punca penindasan terhadap saudara-saudara seakidah di seluruh dunia tanpa pembelaan bangsa sendiri. Liga Arab sendiri tidak pernah memikirkan soal pembebasan tanah Palestin yang dijajah sejak 1948 hingga kini oleh rejim Zionis. Mereka leka dan tenggelam dengan kekayaan yang diumpan oleh barat tanpa mempedulikan saudara seagama mereka sendiri. Golongan-golongan elit di negara itu seolah-olah hilang identiti bangsa mereka, mereka cukup mengagungkan gaya hidup barat yang dianggap maju dan moden, bahkan pertuturan mereka bukan lagi dalam bahasa arab bagi sesetengah mereka. Bahasa penjajah menjadi pertuturan anak-anak muda golongan elit di negara-negara arab yang kaya. “The Arab Rich Kids” adalah gelaran buat anak-anak billionaire yang hidup terlalu mewah dengan gaya hidup barat. Akibatnya tanah Palestin semakin hari semakin tenat tanpa pembelaan negara-negara Umat Islam sendiri lantaran kekenyangan dengan umpan kemewahan.

Justeru, marilah sama-sama kita imbau kembali zaman kegemilangan Islam dengan menghayati sirah perjalanan perjuangan generasi terdahulu. Namun, ianya bukan untuk kita sekadar berbanggabangga dengan pencapaian generasi kita yang dahulu, kerana ada pepatah arab yang menyebut “bukan seorang pemuda yang berbangga dengan ayahnya, tetapi berbangga dengan dirinya sendiri”. Semoga dengan penghayatan sejarah kita yang dahulu itu menjadi pedoman buat kita untuk terus melangkah demi mendaulatkan kalimah Tuhan di muka bumi.

Muhammad Faiz bin Mayusoh,

Timbalan yang diPertua, Keluarga Pelajar-pelajar Kelantan Mesir 2015/2016.

Muat turun PDF Risalah Fajar Jumaat siri 441

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Fill out this field
Fill out this field
Please enter a valid email address.

keyboard_arrow_up