pinuppin-up1 winmostbetmostbet az casino

Salam sejiwa seaqidah para penuntut ilmu. Mahasiswa yang dikenali sebagai golongan intelektual adalah Kelompok Harapan bagi masyarakat secara umum. Mereka juga sebagai generasi pelapis masa depan negara.

Memiliki sifat kritis yang sering membuat perubahan yang besar kepada negara pastinya membawa kesan yang beraneka warna dan ragam. Namun, bagi menghadapi era dunia di hujung jari ini merupakan cabaran dan peluang baru kepada golongan ini untuk melihat perubahan positif berlaku di negara tercinta mereka. Apa kaitan mahasiswa dan multimedia? Inilah jawapannya.

Sejak 3,000 tahun sebelum masihi, manusia telah pun mula mencipta alat untuk membantu mereka melakukan pekerjaan dalam kehidupan seharian. Alat yang sudah cukup canggih pada zamannya itu dikenali sebagai abacus ataupun sempoa. Kemudian kemajuan teknologi ciptaan manusia makin berkembang, menyaksikan kepesatan yang tidak mampu untuk dikejar oleh manusia biasa melainkan mereka yang sentiasa terus bergerak mengikut arus semasa.

Dari zaman pertanian, manusia telah berpindah kepada zaman industri, kemudiannya zaman nuklear dan kini manusia berada pada zaman teknologi maklumat. Di Amerika, mereka menggunakan khidmat posmen berkuda yang dikenali sebagai Pony Express. Dunia dan sistemnya berubah dan terus berubah. Hari ini dunia multimedia menjadi salah sebuah sistem yang paling berpengaruh di dunia.

Multimedia merupakan proses komunikasi interaktif berasaskan teknologi komputer yang menggabungkan penggunaan pelbagai unsur media digital seperti teks, audio, grafik, animasi dan video untuk menyampaikan maklumat. Multimedia adalah kata gabungan yang membawa maksud banyak dan kepelbagaian alat atau perantara komunikasi. Multimedia juga boleh merujuk kepada penggunaan teknologi komputer untuk mencipta, menyimpan dan menggunakan kandungan multimedia.

Menyedari betapa pentingnya aktiviti seorang mahasiswa dalam mencorak pemikiran, keyakinan dan budaya seseorang individu dan masyarakat, maka sewajarnya golongan intelektual mahasiswa dan mahasiswi Islam menjadikan multimedia sebagai salah satu medan dakwah yang penting. Saluran jihad ini perlu digarap secara lebih agresif dan profesional. Malah medan ini perlu diceburi oleh para daie secara lebih kreatif, produktif dan bersistematik. Dunia dakwah yang luas ini perlu diterokai dengan serius oleh sekelompok mahasiswa dengan menitikberatkan arahan dan panduan yang terbaik iaitu Al-Quran dan Al-Hadith.

Metode penulisan, rekabentuk grafik, videografi, audio, animasi dan pelbagai lagi perlulah mematuhi syariat dan prasyarat yang ada dalam Islam. Antara kaedah asas dalam dakwah multimedia adalah penulisan. Banyak ayat-ayat AlQuran yang menggambarkan betapa pentingnya dunia penulisan sebagai medan dakwah. Antaranya firman Allah swt :

“Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan” (Surah Al-‘Alaq: 4)

Golongan mahasiswa dan mahasiswi Islam perlu memikul tugas ini untuk menyebarkan fikrah Islamiah secara profesional sudah tentu akan membantu peningkatan keberkesanan dakwah itu sendiri. Tugas dakwah dan jihad tidak sewajarnya disempitkan melalui ceramah-ceramah sahaja, malah aktiviti penulisan sewajarnya dijadikan medan dakwah dan jihad bagi membantu mempelbagaikan saluran dakwah menepati kehendak semasa dan setempat.

Ahmad Hakimi bin Ahmad Suhaimi
Kuliah Bahasa Arab, Universiti Al-Azhar, Kaherah

Muat turun PDF Risalah Multimedia siri 18

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Fill out this field
Fill out this field
Please enter a valid email address.

keyboard_arrow_up