pinuppin-up1 winmostbetmostbet az casino

KAHERAH, 19 November 2019 – Telah berlangsung Majlis Pelancaran Muzakarah Berkelompok anjuran Lajnah Dakwah dan Tarbiah KPKM 2019/2020 bertempat di Surau Wisma Sultan Muhammad V. Antara objektif program ini adalah untuk memberi kefahaman berkaitan kepentingan muzakarah berkelompok kepada mahasiswa dan memperkenalkan kumpulan muzakarah berkelompok sesi baru.

Di samping itu, program ini juga bertujuan untuk memperkenalkan Tabung Kebajikan yang merupakan penjenamaan baru kepada Tabung Dana Massa di bawah Lajnah Kebajikan dan kempen pendidikan, “Jom Alatul Bersama” oleh Unit Pendidikan KPKM 2019/2020.

Majlis perasmian dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh Ustaz Hamdan bin Ariffin, Ketua Lajnah Dakwah dan Tarbiah KPKM 2019/2020 disusuli ucapan perasmian oleh Ustaz Khairul Anuar bin Ismail, Pegawai Kebajikan Pelajar Kelantan Timur Tengah. Ustaz Khairul Anuar dalam ucapannya menggariskan beberapa rukun usrah, iaitu taaruf dan tafahum. Beliau juga menegaskan bahawa taaruf ini tidak akan pernah selesai dan melalui taaruf akan melahirkan tafahum. Menurut beliau lagi, para mahasiswa perlu bersedia untuk menjadi pengisi kepada masyarakat.

Seterusnya majlis diteruskan lagi dengan penerangan muzakarah berkelompok oleh Ustaz Afif Ab Fattah bin Mad Rozali, Ketua Jabatan Fasilitator KPKM 2019/2020. Majlis disambung dengan talkshow yang bertajuk “Usrah Kesinambungan Dakwah Rasulullah SAW” yang menampilkan moderator Ustaz Muhammad Fikri bin Basri serta Ustaz Syed Ahmad Ridwan bin Sayed Md Zain, Pengerusi Anggota Lembaga Penasihat KPKM 2019/2020 sebagai ahli panel. Antara pengisian talkshow adalah perbezaan cabaran yang dihadapi oleh para dai di masa kini dan di zaman Rasulullah SAW dalam berdakwah.

Semoga dengan adanya program seperti ini dapat membantu ahli KPKM untuk memahami dengan lebih mendalam tentang kepentingan muzakarah berkelompok dalam kalangan mahasiswa Mesir sebagai rantai penyambung dakwah Nabi Muhammad SAW.

“Belajar dan Beramal”
“Memurnikan Pemikiran Melestarikan Kesatuan”
#BersamaBersatu
#BersatuHatiMembinaUmmah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Fill out this field
Fill out this field
Please enter a valid email address.

keyboard_arrow_up