pinuppin-up1 winmostbetmostbet az casino

Malas!!! Satu kalimah yang sinonim keluar dari lisan kita yang tidak bertulang ini. Tabiat malas ini kebiasaannya muncul dengan pelbagai alasan mengikut situasi semasa. Sebagai contoh bila tiba musim panas, maka cuaca panas dijadikan alasan untuk mengharuskan malas dan demikian juga bila tiba musim sejuk. Demikian lah yang sentiasa berlaku kepada kita dalam kehidupan seharian.

Lalu, pernahkan kita koreksi diri dan bertanya diri kita sendiri kenapa malas boleh muncul? Kadang-kadang dah semangat nak ulangkaji pelajaran, tiba-tiba terbit dari lisan kita ‘malas la’. Dr Sayyed Muhammad Nuh, pengarang buku yang masyhur “Aafat ‘Ala Toriiq atau Penyakit-penyakit dalam Jalan Dakwah” meletakkan tajuk pertama dalam bukunya bertajuk ‘Futur’. Pengertian dari sudut bahasanya merujuk kepada berhenti selepas bergerak atau malas dan berlengah-lengah selepas bersungguh-sungguh dan rajin dalam melaksanakan gerak kerja. Istilahnya pula merujuk kepada satu penyakit yang boleh menimpa kepada sesetengah pekerja Islam bahkan boleh merebak kepada perbuatan. Serendah-rendah futur adalah bermalasan atau berlengah-lengah dan setinggitinggi futur adalah memutuskan diri atau berhenti dari melaksanakan gerak kerja.

Apa yang boleh difahami dari sudut pengertian yang dibawa oleh Dr Sayyed Muhammad Nuh kepada kita adalah tabiat malas boleh membawa kita ke tahap yang lebih bahaya iaitu dengan memutuskan diri atau berhenti dari melaksanakan sesuatu pekerjaan secara menyeluruh. Maka, saya fikir para pembaca boleh sesuaikan maksud yang saya nyatakan dengan variasi situasi yang pernah dialami dalam kehidupan anda sama ada dari sudut ibadat, rutin harian mahu pun gerak kerja yang diamanahkan kepada kita.
Dalam ruangan ringkas disini, saya bawakan beberapa sebab atau punca berlakunya tabiat malas dalam diri berdasarkan buku “Aafat ‘Ala Toriq” :

1. Melampau dalam melaksanakan perkara agama.

2. Membazir dan melampaui batas dalam perkara harus.

3. Hidup secara sendirian jauh dari kehidupan bermasyarakat.

4. Kurang mengingati kematian dan akhirat.

5. Kurang melaksanakan amalan-amalan sunat.

6. Makan perkara syubhah dan haram.

7. Lupa sunnatullah dalam kehidupan.

8. Kurang menunaikan hak kepada jasmani.

9. Tiada persediaan untuk menempuh liku-liku perjalanan dakwah.

10. Berteman dengan mereka yang lemah semangat dan kemahuan.

11. Melaksanakan sesuatu perkara tidak berpandukan manhaj sebenar.

12. Banyak melakukan maksiat dan keburukan terutama dosa-dosa kecil.

Dengan mengetahui punca dan sebab berlakunya futur, seharusnya untuk kita bertindak mengatasinya dengan melakukan perkara berlawanan dengan sebab-sebab di atas. Boleh saya katakan kunci untuk mengatasi tabiat malas ini dengan kita mempunyai hubungan yang baik dengan Allah SWT.

Kita semestinya memandang perkara ini dengan serius kerana kesannya amat besar kepada diri kita sendiri. Sekiranya kita bermalas-malasan dalam perkara ketaatan kepada Allah SWT, lama-kelamaan kita semakin jauh dengan Allah SWT. Maka sekiranya bermalas-malasan dalam gerak kerja Islam, bagaimana mungkin Islam dapat dijulang dengan sikap sebegini?
Oleh yang demikian, beribu-ribu teori tidak mampu mengubah diri kita melainkan kita sendiri yang mempunyai kemahuan untuk berubah ke arah lebih baik.

Haniful Fuad bin Hussin.

Graduasi Kuliah Bahasa Arab.

Muat turun PDF Risalah Fajar Jumaat siri 431

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Fill out this field
Fill out this field
Please enter a valid email address.

keyboard_arrow_up