pinuppin-up1 winmostbetmostbet az casino

Semasa Perang Dunia Pertama, tahun 1917 pihak British telah menawan Palestin selepas berjaya mengalahkan kerajaan Uthmaniah. Pada 2 November tahun yang sama, Setiausaha Luar British, Sir Arthur James Balfour menghantar surat menyatakan sokongan British berkenaan penubuhan tanah air Yahudi di Palestin kepada Baron Lionel de Rothschild.

Pada 9 Disember 1917, tentera Uthmaniah di Jerusalem telah menyerah kalah kepada tentera Berikat di bawah pimpinan Jeneral Sir Edmund Allenby. Pada 30 Oktober 1918, Perang Dunia Pertama telah berakhir.

Januari 1919, Paris Peace Conferens telah memutuskan bahawa wilayah-wilayah Arab yang telah ditawan tidak akan dikembalikan kepada kerajaan Uthmaniah. Palestinian National Congress yang bersidang di Al-Quds menghantar dua memorandum membantah Balfour Declaration serta menuntut kemerdekaan. Pihak Zionis menghantar pelan pembahagian kawasan kepada Paris Peace Conference pada

Februari 1919. Pelan ini kemudiannya ditolak.
Sepanjang tahun 1919 hingga 1920, lebih 10,000 pendatang Yahudi yang kebanyakan mereka dari Rusia berhijrah ke Palestin. Pada September 1920, selepas rusuhan Arab pertama, pihak berkuasa Britih di bawah Immigration Ordinace mengumumkan had kemasukan warga Yahudi seramai 16,500 orang setahun.

Pada 1921, lebih 8,000 pendatang Yahudi telah memasuki Palestin pada tahun tersebut. Sir H Samuel, seorang Yahudi mengarahkan penggantungan segera penghijrahan warga Yahudi berikutan rusuhanrusuhan yang berlaku pada bulan Mei 1921. Malah, sebahagian imigran Yahudi yang telah tiba di pelabuhanpelabuhan Palestin dinafikan kebenaran mendarat. Namun, proses penghijrahan kemudiannya bermula lagi selepas itu.

Pada 1928 seramai 590,00 orang Arab dan 150,000 orang Yahudi mendiami Palestin. 50,000 imigran Arab dari negara-negara Arab yng berdekatan telah berhijrah ke Palestin antara tahun 1919 hingga 1939, manakala imigran Yahudi pula seramai 360,000.
Tiga tahun selepas Hitler berkuasa iaitu pada tahun 1933, bilangan pendatang Yahudi meningkat daripada 230,000 kepada 400,000, mencapai satu pertiga bilangan penduduk Arab secara keseluruhan.

Pada tahun 1936, pihak Arab melancarkan kempen serangan mereka secara tersusun dengan mensasarkan nyawa pendatang Yahudi serta harta benda mereka. Korban nyawa, kecederaan serta kerosakan harta benda di kedua-dua belah pihak berterusan sepanjang konflik berlangsung.

Kempen ini berlanjutan hingga 1939 bagi membantah kemasukan pendatang Yahudi yang direstui pihak British sehingga mencapai klimaksnya pada pertengahan Julai 1936. Ramai pendatang Yahudi diserang hendap semasa memandu di jalan-jalan utama manakala tentera British terlibat dalam pertempuran bersenjata bersama warga Arab yang melancarkan serangan gerila menentang pihak British. Serangan berterusan ke atas penempatan Yahudi serta laluan trafik mereka pada tahun tersebut mendorong kerajaan British melantik sebuah Suruhanjaya Diraja untuk menjalankan mandat mereka.

Laporan Suruhanjaya tersebut pada Julai 1937 mencadangkan pemisahan Palestin menjadi dua buah negeri yang terpisah, satu untuk pendatang Yahudi dan satu lagi buat penduduk Arab manakala British mengawal koridor dari Jaffa hingga Al-Quds. Pendatang Yahudi beria-ia menyambut cadangan tersebut manakala penduduk Arab menolaknya.

Cadangan pemisahan oleh pihak Yahudi pada 1938, mengikut Peel Commision’s Report, sebuah agensi Yahudi, hanya tiga kawasan iaitu Tebing Barat Jordan dan kawasan Gaza-Beersheba serta Jaffa disediakan untuk negara Arab manakala Al-Quds kekal di bawah mandat British. Selebihnya, bahagian Palestin yang lain dianugerahkan kepada mereka sendiri.

Pada November 1947, Resolusi 181 United Nation meluluskan pemisahan Palestin menjadi dua buah negara Yahudi dan Arab manakala Al-Quds diletakkan di bawah kawalan antarabangsa. Tanggal 14 Mei 1948, negara haram Israel telah ditubuhkan secara rasmi.

Penubuhan negara haram Israel merupakan usaha terancang Yahudi-Zionis melalui pakatanpakatan sulit yang mempengaruhi keputusan yang dibuat di peringkat antarabangsa. Perpindahan beramairamai dan pembinaan penempatan-penempatan haram antara usaha mewujudkan tanah air yang bukan milik mereka. Mereka memanipulasi sentimen anti-semitik untuk meraih simpati, menagih belas kasihan antarabangsa dengan sejarah lampau yang telah lama berlalu, dan menzalimi penduduk asal dengan alasan mempertahankan diri sebagaimana pepatah arab: “Dia yang memukulku, dia pula yang menangis, dia yang memakiku dia pula yang mengadu”.

Ustazah Shakirah Muhammad Faleh Lai,

Graduan Usuludin, Kuliah Al-Azhar Banat Al-Kaherah.

Muat turun PDF Risalah Fajar Jumaat siri 453

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Fill out this field
Fill out this field
Please enter a valid email address.

keyboard_arrow_up