pinuppin-up1 winmostbetmostbet az casino

Faiz merupakan seorang pelajar pergigian, seringkali tugasan latihan perubatannya terganggu disebabkan masalah peluh berlebihan di tangannya. Bayangkan, apabila dia menanggalkan sarung tangan, peluh bertakung dalam sarung tangannya.

Ramai dalam kalangan kita berhadapan dengan situasi tersebut, namun hanya membiarkan sahaja tanpa menjalani sebarang rawatan. Hakikatnya, keadaan tersebut menjejaskan kualiti hidup masing-masing.

Keadaan berpeluh secara berlebihan dipanggil hiperhidrosis, yang mana keadaan fisiologi yang disebabkan oleh sistem saraf simpatetik terlalu aktif menyebabkan keluarnya peluh secara berlebihan tidak kira keadaan sejuk atau panas.

Hiperhidrosis tidak dikategorikan sebagai penyakit berbahaya, tetapi ia boleh menyebabkan gangguan psikologi kepada penghidapnya. Terlalu banyak berpeluh terutama pada muka, tapak tangan dan kaki boleh mengganggu kehidupan seseorang kerana ia menimbulkan rasa tidak selesa, kurang yakin, dan rendah diri untuk berdepan dengan masyarakat.

Hiperhidrosis boleh berlaku kepada lelaki dan perempuan pada semua peringkat umur. Kebiasaannya ia bermula sejak kecil dan akan kekal sepanjang hayat jika tidak dirawat. Di negara Asia Tenggara, peratusan penyakit hiperhidrosis tiga peratus lebih tinggi berbanding Amerika Syarikat yang dianggarkan sekitar 2.5 peratus.

Hiperhidrosis terbahagi kepada dua kategori, iaitu hiperhidrosis setempat (focal) dan hiperhidrosis menyeluruh (general). Hiperhidrosis focal tidak diketahui puncanya tetapi dikaitkan dengan aktiviti berlebihan autonomic nervous system dan sebahagiannya daripada pembawaan genetik. Hiperhidrosis general disebabkan oleh penyakit lain seperti kencing manis, obesiti, batuk kering, kehamilan dan menopaus.

Terdapat beberapa kaedah untuk merawat hiperhidrosis seperti antiperspirant, suntikan Botox, laser, lontophoresis dan pembedahan Endoscopic Thoracic Symphathectory (ETS).

Kaedah rawatan bergantung kepada tahap pengeluaran peluh. Rawatan yang paling mudah adalah mendapatkan losyen antiperspirant di mana-mana hospital atau klinik. Antiperspirant mungkin tidak dapat mengubati secara menyeluruh tetapi dapat mengurangkan gejala ini daripada menjadi semakin teruk.

Ramai yang memilih untuk menjalankan pembedahan (ETS) yang dilakukan di bahagian dada pesakit bagi memotong dan menahan saraf yang mengawal pengeluaran peluh. Pembedahan ini bersifat kekal tetapi ada risikonya.

80% pesakit yang menjalani pembedahan mengalami compensatory hyperhydrosis iaitu penghidap masih berpeluh tetapi bukan di bahagian yang dirawat. Contohnya, pesakit yang asalnya berpeluh berlebihan di bahagian ketiak akan mengalami hiperhidrosis di bahagian tangan pula.

Akhir sekali, mereka yang menghidap hiperhidrosis disyorkan berjumpa doktor agar rawatan yang sesuai dapat dilakukan. Kefahaman pesakit tentang penyakit ini dan cara-cara menanganinya sedikit sebanyak dapat membantu memulihkan keyakinan diri pesakit hiperhidrosis.

Siti Shahirah binti Hashim,
Perubatan Universiti Al-Azhar.

Muat turun PDF Risalah Kesihatan siri 77

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Fill out this field
Fill out this field
Please enter a valid email address.

keyboard_arrow_up