pinuppin-up1 winmostbetmostbet az casino

Sesungguhnya setiap penyakit ada penawarnya. Allah yang menjadikan penyakit, Dialah yang menyediakan penawarnya, sebagaimana sabda Nabi SAW di dalam hadisnya yang mulia:

فإذا أصي ا ً دواء ٍ “إن لكل داء َ دو َب َ رَ ب َ الداء ٌء أ بإذن الله ” لّ عزوج

“Sesungguhnya setiap penyakit itu ada ubatnya, maka apabila ubat itu serasi dengan penyakit, ia akan sembuh dengan izin Allah ‘azza wajalla ” (Riwayat Muslim daripada hadis Abi Azzubair dari Jabir dari Rasulullah SAW)

PENGERTIAN PERUBATAN ISLAM

Kebelakangan ini, seringkali kita dengar berkenaan perubatan yang bersifat Islamik, tradisional dan moden yang terdapat di negara kita. Kebanyakan masyarakat di Malaysia khususnya, mereka masih lagi gagal memahami pengertian yang sebenar apakah itu “perubatan islam”. Dalam permasalahan ini, ada juga yang mengakibatkan pertelingkahan yang dahsyat antara banyak pihak. Persoalannya, tahukah kita apakah maksud sebenar “perubatan Islam” ? Perubatan Islam adalah suatu ikhtiar penyembuhan yang menggunakan kaedah-kaedah dan bahanbahan yang dibenarkan serta tidak melampaui batasan daripada segi syarak. Maka, dapatlah kita fahami bahawa segala perubatan yang diamalkan di bumi ini seperti perubatan yang menggunakan kaedah ruqyah, herba, pembedahan, teknologi serta ubat ubatan yang dimodenkan masa kini adalah sebahagian daripada perubatan Islam.

KAITAN ANTARA PERUBATAN ISLAM DENGAN PERUBATAN MODEN

Sesungguhnya, perubatan Islam dan perubatan moden tidak dapat dipisahkan antara satu sama lain. Sebagai contoh, jika kita mengalami masalah migrain (sakit di kepala) misalnya, kebiasaannya kita akan mencari doktor yang mengamalkan rawatan moden untuk menyelesaikan masalah ini, maka doktor akan memberi ubat-ubatan moden dan khidmat nasihat kepada kita. Seterusnya, selepas kita memakan ubat tersebut mengikut waktu yang ditetapkan dan melakukan kesemuanya nasihat-nasihat yang diberikan oleh doktor tetapi malangnya penyakit itu tidak kunjung sembuh, bagaikan kesemua ubat ubatan dan nasihat itu tidak berkesan, malah penyakitnya semakin teruk saban hari. Maka, pada situasi tersebut perubatan Islam menjadi suatu perubatan alternatif kepada kita untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi kerana kita berkemungkinan mengalami masalah migrain disebabkan oleh makhluk halus yang mengganggu kita tanpa kita sedari atau masalah lain yang tidak dapat diselesaikan oleh perubatan moden. Maka, dapat kita fahami bahawa perubatan Islam dan moden tidak boleh diasingkan antara satu sama lain serta tiada menjadi kesalahan untuk mendahului mana-mana kaedah kerana kesemuanya mempunyai kelebihan masingmasing.

KAEDAH PERUBATAN ISLAM

Perubatan adalah salah satu cabang, ikhtiar atau usaha untuk menyembuhkan penyakit dengan menggunakan kaedah-kaedah tertentu berdasarkan al-Quran dan as-Sunnah, doa-doa daripada para salafussoleh dan herba-herba terpilih seperti madu ,jintan hitam dan lain-lain. Perubatan Islam ini mempunyai banyak kumpulannya contohnya Darussyifa’ (Tuan Guru Haron Din), Darussalam (Ustaz Ismail
Kamus), Tibbun Nabawi (Ustaz Ahmad Dusuki) dan banyak lagi. Seterusnya, kaedah yang digunakan oleh perawat perubatan Islam ialah:

1-Ruqyah

a) Ruqyah adalah kalimat bahasa arab (رقية) yang bermaksud “jampian dan mantera” mengikut syarak yang terdiri daripada ayat-ayat al-Quran, hadis Nabi SAW, dan doa daripada salafussoleh. Ianya dibaca oleh perawat untuk ikhtiar mengubati penyakit rohani seperti histeria dan jasmani seperti kayap, kencing manis, demam dan selsema. Tidak kiralah jampian itu dari bahasa arab, inggeris, sepanyol, siam, hebron dan sebagainya.

b) Terdapat banyak hadis yang membicarakan tentang keharusan ruqyah antaranya: Dari Auf bin Malik al-Asyja’I, ia berkata : “Dahulu kami meruqyah di masa jahiliyyah, dan kami bertanya: Wahai Rasulullah, bagaimana pendapatmu?” Nabi Muhammad SAW bersabda: ” Perlihatkan kepadaku ruqyah kalian, tidak mengapa dengan ruqyah jika tiada unsursyiriknya”
(HR Muslim).

2-Herba terpilih

a) Herba lazimnya dikenali dengan mengandungi bahan semulajadi yang terdiri daripada rempah, tumbuhan-tumbuhan yang beraroma dan berubat. Ianya salah satu medium perubatan Islam dan perubatan moden. Inilah salah satu kebesaran Allah yang amat besar kepada kita.

b) Antara contoh perubatan herba yang popular dalam ilmu perubatan Islam ini ialah madu untuk mengubati gastrik dan batuk, akar mengkuang untuk mengubati buah pinggang manakala daun bidara untuk mengubati gangguan makhluk halus dan banyak lagi.

PERATURAN DAN PANTANG LARANG YANG PERLU DIJAGA DALAM RAWATAN ISLAM

Lazimnya, setiap rawatan mesti ada peraturan dan pantang larangnya, begitu juga rawatan Islam yang menggunakan kaedah 100% dari jaluran al-Quran dan as-Sunnah. Antara pantang larang yang wajib dijaga oleh mereka yang berkecimpung dalam ilmu perubatan Islam adalah:

1.Perawat perubatan Islam mestilah seorang yang beragama Islam dan beramal dengan ajaran alQuran dan as-Sunnah, sentiasa meningkatkan keyakinan kepada Allah Taala dengan sebenarbenar keyakinan, menjauhi sifat menunjuk-nunjuk dengan apa Allah kurniakan, selalu mengharapkan keredhaan Allah dalam setiap perkara.

2.Tidak menggunakan kaedah-kaedah yang bertentangan daripada al-Quran dan as-Sunnah. Contohnya kaedah jampi mantera yang memuji syaitan dan benda-benda syirik atau menggunakan azimat, tangkal dan wafak dalam berikhtiar atau menggunakan jin atau bedah batin dan sebagainya.

Tuntasnya, istilah perubatan Islam yang sebenar adalah perubatan yang menggunakan segala kaedah yang tiada pengharamannya daripada al-Quran dan as-Sunnah, tidak kiralah perubatan itu bersifat islamik, tradisional dan moden dengan syarat perubatan tersebut tidak bertentangan dengan hukum syarak, maka ianya dibolehkan.

Mohammad Husnul Annas Bin Zaki
Kuliah Bahasa Arab, Universiti al-Azhar, Kaherah

Muat turun PDF Risalah Kesihatan siri 78

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Fill out this field
Fill out this field
Please enter a valid email address.

keyboard_arrow_up