pinuppin-up1 winmostbetmostbet az casino

Firman Allah S.W.T :
“Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan keatas orang-orang sebelum kamu agar bertaqwa”( Surah al-Baqarah : 183)
Ramai umat islam menunjukkan simptom-simptom keletihan apabila mula berpuasa. Simptom ini sungguh meragukan kerana menunjukkan hasil yang bertentangan dengan natijah yang patut terhasil dari perintah Allah S.W.T melalui kefardhuan berpuasa. Hal ini kerana setiap kewajipan yang diperintahkan oleh Allah S.W.T pasti memberikan impak yang positif kepada hamba-Nya baik rohani mahupun fizikal.. Sebagai bukti, sirah agung turut menceritakan hasil daripada kewajipan puasa melalui peristiwa Perang Badar dimana umat Islam telah meraih satu kemenangan besar melawan tentera kafir disaat mereka sedang menjalani ibadah puasa.
Sebagai umat islam, berbekalkan keimanan tanpa ada kajian sudah cukup untuk kita meyakini bahawa perintah Allah S.W.T memberikan impak yang positif sekaligus menetapkan minda bawah sedar untuk terus proaktif sepanjang menjalani ibadah puasa. Akan tetapi, kajian demi kajian telah dilakukan sekaligus merungkai segala keajaiban disebalik perintah Allah S.W.T.

1) Puasa Membuang Racun Dalam Tubuh
Apabila kita berpuasa dan tidak makan atau minum, perut akan kosong sehingga tenaga yang ada dapat dimanfaatkan oleh tubuh untuk menghancurkan semua racun. Usus dan hati juga akan beristirehat dan tenaga yang ada akan digunakan sepenuhnya untuk mendetoksifikasi racun-racun tadi. Waktu yang diambil untuk proses pendetoksifikasi ini kebiasaan antara 3040 hari. Hasil daripada proses ini adalah pening, mual dan bau mulut.

2) Puasa Menyihatkan Buah Pinggang
Penghentian pengambilan air telah terbukti lebih efektif untuk meningkatkan kepekatan air kencing pada buah pinggang serta dapat meningkatkan kekuatan osmois pada air kencing antara 1.000-12.000ml osmosis/kg air. Pada keadaan tertentu, ini akan memberikan perlindungan tersendiri terhadap fungsi buah pinggang. Kekurangan air pada saat berpuasa ternyata dapat meminimalkan jumlah air pada darah.

3) Puasa Meningkatkan Sel Darah Putih Dalam Tubuh
Sebagaimana kita ketahui bahawa sel darah putih sangat berguna dalam melawan jangkitan virus, bakteria dan benda asing lain yang masuk ke dalam tubuh, maka logiklah jika sel darah putih dapat meningkatkan daya tahan tubuh. Sel berkembang biak dengan cara iaitu meosis dan metosis. Jumlah sel dalam tubuh kita mencapai jutaan, maka perlu kepada penggantian “suku cadang”. Tetapi sayangnya penggantian ini selalu ada halangan dan halangan ini boleh dihalang dengan berpuasa.

Saat berpuasa, kita tidak memerlukan banyak tenaga, tapi kerana tidak makan dan minum, maka sumber tenaga diambil dari glikogen di dalam hati dan lemak di bawah permukan kulit, dengan mengambil sumber tenaga ini. Maka proses pembiakan sel dapat dilakukan serentak dan sempurna , namun proses ini boleh terganggu apabila anda marahmarah kerana tenaga untuk melepaskan hawa nafsu.

Fatnin Afiqah binti Sa`adun
Perubatan Tahun Dua

Muat turun PDF Risalah Kesihatan siri 68

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Fill out this field
Fill out this field
Please enter a valid email address.

keyboard_arrow_up