pinuppin-up1 winmostbetmostbet az casino

Firman Allah Taala: Ertinya,”Wahai orang-orang yang beriman diwajibkan di atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan ke atas orang-orang yang sebelum kamu agar kamu bertakwa.” (Surah Al-Baqarah: 183).

Semua perintah Allah SWT yang disyariatkan pasti mengandungi faedah dan manfaat, begitu juga dengan semua yang dilarang oleh Allah SWT pasti kerana adanya kemudaratan dan bahaya bagi hamba Nya, baik bahaya di dunia mahupun di akhirat. Semuanya mengandungi hikmah yang tidak mampu dikira oleh kita sebagai hamba. Jika diperhatikan, agama lain menyuruh penganutnya berpuasa, cuma caranya sahaja yang berlainan dengan yang disuruh Islam. Islam mengajar kita agar mensyukuri nikmat yang telah dikurniakan kepada kita dengan merehatkan sistem pemakanan agar sentiasa segar untuk melakukan ibadah kepada Allah SWT sepanjang tahun terutamanya ibadah di bulan Ramadan.

KELEBIHAN BERPUASA DARI SUDUT KESIHATAN
Jika ibadat puasa ini dijalankan sepertimana dianjurkan, ia tidak akan mendatangkan kemudaratan sebaliknya memberikan kesihatan dari beberapa sudut. Antaranya:

1. Menjaga kesihatan jantung
Sepertimana yang kita sedia maklum masalah jantung berkait rapat dengan kolestrol. Kolestrol pula berkait rapat dengan cara pemakanan kita. Kita makan tanpa henti kecuali dalam bulan ramadan. Bayangkan selama 11 bulan kita menumpul kolestrol dengan pelbagai jenis makanan yang kita makan setiap hari. Jadi di bulan ramadan, kita dapat mengurangkan pengambilan kolestrol dan seterusnya mengurangkan risiko penyakit berkaitan jantung.

2. Mengurangkan risiko penyakit kencing manis
Kita biasanya minum pagi dengan teh tarik, tengah hari teh o ais, petang milo ais, malam kopi tarik. Semua yang kita minum menyumbang kepada peningkatan gula dalam darah. Dengan berpuasa, kita dapat mengurangkan pengambilan gula seterusnya mengurangkan risiko penyakit kencing manis.

3. Kesihatan mental
Apabila sebut sahaja bulan ramadan, ramai yang tahu adab-adab dan larangan yang perlu dipatuhi. Kita juga dilarang menyakiti hati orang lain. Jadi, bulan puasa menjadikan kita lebih bersabar dan mengurangkan stress. Selain itu, dengan berpuasa akan menyempitkan salur darah yang menyebabkan syaitan sukar untuk masuk ke dalam tubuh badan manusia.

4. Mengurangkan berat badan
Dengan adab dan disiplin yang dianjurkan Islam, berat badan akan dapat dikurangkan. Ianya dapat dicapai melalui pengurangan jumlah makanan yang diambil. Ditambah dengan amalan bersederhana dalam menyediakan juadah berbuka.

PUASA DARI SUDUT KESIHATAN FIZIKAL
Bagi masyarakat yang inginkan kesihatan tubuh badan yang lebih stabil, puasa secara teratur akan memperbaiki sistem daya tahan badan. Namun begitu, kadang-kala puasa yang tidak teratur menyebabkan badan menjadi lemah. Oleh itu, pakar sains perubatan telah menunjukkan cara berpuasa yang betul dan perlu diutamakan:

Cara berpuasa yang berkesan menurut sains perubatan:
1. Berbuka dengan buah-buahan dan minuman daripada bahan semula jadi.
2. Disarankan solat maghrib terlebih dahulu kerana memberi peluang kepada perut supaya mencerna makanan.
3. Semasa berbuka, sebaiknya ambillah makanan yang mudah dihadam, mengandungi serat dalam kadar yang sedikit, kurangkan makanan yang berminyak, berempah dan pedas. Perbanyakkan sayuran, tauhu dan kekacang.
4. Minum air putih atau teh herba yang mengandungi getah anggur, kembang semangkuk dan biji selasih. Ia betujuan untuk mencuci usus dan menyenangkan membuang air besar.
5. Elakkan pengambilan kopi dan teh, kerana minuman ini mengandungi kafein yang boleh memberi banyak ransangan kepada saraf dan jantung ketika berpuasa. Kafein juga memberi ransangan kepada bahagian perut kerana mengandungi asid hidroklorit belebihan yang menyebabkan gastrik.
6. Tidak perlu mengambil makanan tambahan seperti vitamin dan sebagainya kerana kandungannya yang berlebihan akan terbuang menerusi air kencing.
7. Rasulullah menyarankan agar melewatkan sahur kerana ia menepati waktu bersarapan pagi. Kajian pakar sains perubatan di Malaysia dan barat menunjukkan bahawa makanan yang utama dalam masa 24 jam ialah waktu sarapan pagi. Amalan bersahur ini menjadi lebih penting untuk ketahanan badan terutama kepada kanak-kanak yang dilatih berpuasa kerana glukosa dalam darah akan menurun selepas bangun tidur.

Menurut Dr. Mac Fadon, seorang doktor dari Amerika, “Puasa adalah seperti tongkat ajaib yang dapat menyembuhkan penyakit yang membabitkan perut.” Banyak kejayaan beliau mengubati pesakit – pesakitnya dengan menganjurkan mereka agar berpuasa sebagai alternatif kepada ubat – ubatan moden.

Puasa juga dapat menyembuhkan pelbagai penyakit. Suatu kongres antarabangsa bertemakan “ Kesihatan dan Ramadhan” telah diadakan di Casablanca, Morocco pada tahun 1996. Pakar – pakar perubatan dari seluruh dunia telah membentangkan lebih kurang 50 kajian ketika itu.

Kesimpulannya, Puasa adalah suatu ibadah yang telah menjadi kefarduan kepada orang islam. Ianya, telah menjadi ikutan kepada orang bukan Islam dalam mengekalkan kesihatan supaya lebih sihat. Justeru itu, benarlah jika kita mampu untuk mengekalkan kesihatan yang baik sebelum Ramadan.

In Syaa Allah kita akan lebih bertenaga menempuhi ibadah puasa sepanjang ramadan nanti.
Sabda Nabi Muhammad SAW: Ertinya, “Sesiapa yang berpuasa Ramadan dengan penuh keimanan dan mengharapkan pahala daripada Allah akan diampunkan dosanya yang terdahulu.”-(Hadis riwayat Bukhari).

Mudah-mudahan dengan kesihatan yang dikurniakan oleh Allah SWT sepanjang bulan Ramadan ini dapat digunakan sebaik mungkin untuk melaksanakan amal ibadah dan kita dijauhi daripada mendapat penyakit akibat daripada makan berlebihan.

Muhammad ‘Adli bin Jusoh,
Kuliah Syariah Islamiah, Universiti al-Azhar

Muat turun PDF Risalah Kesihatan siri 83

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Fill out this field
Fill out this field
Please enter a valid email address.

keyboard_arrow_up