pinuppin-up1 winmostbetmostbet az casino

EMAS ANUGERAH TUHAN

Sudah berabad-abad lamanya emas mendapat tempat di hati manusia. Emas dijadikan simbolkekayaan bagi seorang individu sejak dari awal ketamadunan manusia lagi. Bahkan dalam al-Quran dan al-Hadis juga tidak terlepas daripada menceritakan perihal emas yang menjadi kebanggaan dan kemuliaan oleh umat-umat terdahulu. Ini kerana emas mempunyai sifat yang tersendiri, unik serta sukar untuk diperolehi, sebaliknya pada era globalisasi sekarang, emas diguna pakai secara meluassebagai instrumen kewangan.

PERIHAL EMAS

Emas yang mempunyai simbol AU atau dalam bahasa Latin disebut sebagai Aurum merupakan salah satu daripada mineral atau galian asli yang mempunyai nilai yang tinggi. Emas seringkali dijadikan sebagai mata wang bagi sesebuah negara sejak berabad-abad lamanya. Ini disebabkanoleh sifatnya yang:

  • Berkilat.
  • Padat.
  • Tidak terbakar.
  • Tidak reput.
  • Lembut.
  • Sukar diperolehi.
  • Tidak berkarat.
  • Mudah ditempa.

Sifat-sifat ini yang menjadikan emas mendapat permintaan yang tinggi dalam kalangan masyarakat dunia pada masa kini. Sejak tamadun manusia bermula, terdapat 187,200 tan emas telah dikorek daridalam tanah dan saban tahun, sumber lombongan emas dijangka akan semakin berkurang.

MATAWANG EMAS

Wang emas dan perak mula diperkenalkan oleh Julius Ceasar dari Rom sekitar tahun 46SM.Beliau memperkenalkan nisbah wang emas ialah 12:1 terhadap wang perak. Dalam dunia Islam pula, wang emas dikenali sebagai dinar iaitu 4.25 gram emas dan wang perak pula dikenali sebagai dirham iaitu 2.975 gram perak. Dinar dan dirham ini telah digunapakai secara meluas sejak zaman Rasulullah SAW sehingga berakhirnya kegemilangan khalifah Usmaniah Turki pada tahun 1924.

JENIS-JENIS EMAS PELABURAN:

  1. Gold Bar (24K) – Boleh didapati dalam bentuk 1 gram, 1 dinar, 5 gram, 10 gram dan lain.
  2. Barang Kemas (22K) – Mempunyai pelbagai corak dan bentuk. Harga emas bagi barangperhiasan biasanya lebih murah berbanding gold Ini kerana ketulinan emas dalam barangkemas adalah kebiasanya sekitar 91.6% berbanding gold bar yang berketulinan 99.9%.
  3. Akaun Emas Patuh Syariah – Akaun emas merupakan satu platfom terkini dalam membuat urusan jual beli serta simpanan emas. Antara cara mudah untuk kita mengetahui akaun emastersebut patuh syariah atau tidak ialah menyemak sijil perakuan yang menunjukkan bahawa akaun emas tersebut disahkan patuh syariah. Maka transaksi yang dilakukan dalam akaun emas ini adalah sah dan halal mengikut hukum.
  4. Akaun Emas Tidak Patuh Syariah – Iaitu syarikat yang menawarkan pembelian emas di alammaya semata-mata tanpa ada sandaran emas yang Emas yang dibeli dan disimpan dalamakaun ini adalah tidak sah serta HARAM di sisi Islam.

TURUN NAIK NILAI EMAS

Emas sama seperti komoditi yang lain yang mana tidak dapat lari daripada hukum penawarandan permintaan. Keadaan ini menyebabkan harga emas sentiasa turun naik mengikut harga pasarandunia. Namun jika diukur dalam jangka masa yang panjang, maka kita akan dapati bahawa nilai emas adalah semakin meningkat. Antara faktor utama yang mendorong turun naik harga emas ialah :

  • Pergerakan permintaan dan penawaran.
  • Kekuatan nilai mata wang USD.

KESIMPULAN

Ramai dalam kalangan anak muda hari ini sudah mula sedar tentang kepentingan memiliki emas sebagai aset pelaburan jangka masa panjang. Malah, permintaan ke atas emas semakin signifikan oleh masyarakat antarabangsa sebagai ‘safe haven’ mereka kerana faktor ketidakpastian keadaanekonomi dunia akhir-akhir ini.

Emas sudah diiktiraf sebagai pelindung nilai wang antarabangsa kerana sifatnya yangbertentangan dengan sifat mata wang kertas yang semakin banyak dicetak serta nilainya yang mula menurun. Oleh itu, kita sewajarnya mengorak langkah serta membuat tindakan untuk memiliki simpanan emas dalam apa jua bentuk sekalipun, sama ada emas pelaburan ataupun emasperhiasan. Sebagai mana kata pepatah: ”Sediakan payung sebelum hujan”. Sekian.

Muhammad Fadhlan bin Elyas,

Kuliah Syariah Islamiah,

Universiti Al-Azhar, Kaherah, Mesir.

Muat Turun PDF Risalah Fajar Jumaat Siri 496 – Emas Anugerah Tuhan

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Fill out this field
Fill out this field
Please enter a valid email address.

keyboard_arrow_up