pinuppin-up1 winmostbetmostbet az casino

Dewasa ini, kita mendapati umat Islam berada dalam keadaan terumbang-ambing seolah-olah mereka hilang punca dalam meneruskan kehidupan seharian. Hal ini kerana, mereka telah dijangkiti virus ‘serangan pemikiran’ yang cuba diserap masuk oleh jarum-jarum halus barat.

Sebelum melangkah jauh, ada baiknya kita perlu mengetahui secara spesifik tentang apakah yang dimaksudkan dengan ‘serangan pemikiran’.

Serangan pemikiran menurut etimologi ialah pergerakan untuk memerangi, merampas, menakluki dan menguasai ke atas musuh-musuh. Manakala menurut terminologi pula ialah serangan musuh-musuh terhadap sesebuah golongan dengan senjata tertentu melalui cara yang pelbagai untuk menghancurkan kekuatan dalaman, wawasan umat dan sistem serta merampas apa yang dikehendaki.

Antara sebab-sebab secara umum berlakunya serangan pemikiran ialah :

1. Permusuhan golongan Atheis terhadap ajaran Islam dan penganut Islam.

2. Penjajahan Barat ke atas umat-umat Islam.

3. Kemajuan saintifik yang menambahkan lagi kekuatan golongan Atheis.

4. Kelemahan skop pemikiran dan perpecahan dalam kalangan masyarakat.

5. Sikap malas umat Islam untuk menguasai kemajuan.

6. Kosongnya pegangan(akidah) dalam jiwa-jiwa umat Islam.

Namun, disana kita perlu sedari bahawa Barat mempunyai agenda tersendiri dalam menyebarkan serangan pemikiran terhadap semua manusia khususnya umat Islam itu sendiri.

Antara tujuan serangan pemikiran ialah:

1. Menimbulkan kecurigaan terhadap penganut Islam mengenai nilai-nilai ketamadunan mereka dengan dakwaan bahawa tamadun Islam adalah datang daripada Rom(Itali), sistem ketamadunan mereka diambil daripada Parsi(Iran), keilmuan dan falsafah mereka datang daripada Yunani dan ketamadunan mereka juga bercampur dengan tamadun umat-umat terdahulu.

2. Melemahkan roh persaudaraan Islam diantara orang Islam tanpa mengira perbezaan dengan menghidupkan sikap asobiyah(perkauman) yang berlaku sebelum kedatangan Islam. Selain itu, musuh-musuh Islam juga berusaha membangkitkan permusuhan dan percanggahan dalam kalangan umat Islam.

3. Menghapuskan akidah islamiah dalam jiwa umat Islam dan menjauhkan umat Islam daripada berpegang dengan ajaran Islam samada dari sudut sistem dan spiritual.

4. Mengosongkan akal dan jiwa-jiwa umat Islam daripada mengamalkan nilai-nilai asas dalam kehidupan yang bersumberkan keimanan kepada Allah s.w.t.

Kesimpulannya, musuh-musuh Islam tidak bimbang akan umat Islam yang hanya sekadar nama sahaja tetapi yang mereka bimbangi ialah umat Islam menjadikan Islam sebagai doktrin dalam sistem pemerintahan. Wassalam…

Nor Sobah B Muhammad
Fakulti Usuluddin Jabatan Akidah dan Falsafah

Muat turun PDF Risalah Fajar Jumaat siri 392

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Fill out this field
Fill out this field
Please enter a valid email address.

keyboard_arrow_up