pinuppin-up1 winmostbetmostbet az casino

Pada masa kini, logo bukan hanya diperlukan oleh syarikat-syarikat yang besar sahaja. Malahan, syarikat yang baru, aktiviti kampus, produk industri perumahan, bahkan blog peribadi sekalipun menggunakan logo sebagai identiti mereka. Tidak dinafikan bahawa logo memang sesuatu yang sangat penting bagi sesebuah syarikat, produk, website mahupun event kerana dari sinilah kita akan dikenali oleh seluruh masyarakat.

Logo ibarat wajah. Setiap orang mudah dikenali antara satu sama lain hanya dengan melihat wajah, begitu juga dengan logo. Sebuah logo diciptakan sebagai identiti agar unik dan mudah dibezakan dengan pesaing. Semakin baik logo kita, semakin baik jugalah identiti organisasi kita di mata masyarakat.

Bagaimanakah ciri logo yang baik? Berikut adalah tujuh ciri mencipta logo yang baik, dirangkum daripada beberapa sumber.

Tidak berdasarkan trend yang sedang in
Membuat design logo yang berdasarkan trend hanya akan bertahan ketika trend itu sedang in saja. Ketika trend sudah berganti, design logo tersebut akan terlihat kuno dan ketinggalan zaman. Usahakan untuk membuat atau mencipta logo yang dapat bertahan selama mungkin tanpa perlu melakukan design ulangan. Jika kita sentiasa mengulang atau membuat logo kita supaya kelihatan baru dan trend in, bererti kita juga me-reset ulang ingatan masyarakat akan produk kita

Tidak menggunakan terlalu banyak warna
Terlalu banyak warna akan membuat logo kita terlihat membingungkan. Cubalah untuk mencipta logo dengan paling banyak tiga warna, atau apabila memang ingin menggunakan banyak warna, cubalah untuk membuat kombinasi yang logik dan sedap dilihat.

Menggunakan font yang tepat
Meskipun sederhana, font memainkan peranan yang besar dalam mencipta sebuah logo yang menarik. Pelbagai jenis font membawa image tersendiri. Contohnya, font bergaya klasik akan cenderung dilihat mewah dan formal, sementara font yang berlekuk-lekuk cenderung dilihat playful dan informal. Ketika membuat design logo, pilihlah font yang paling sesuai dengan image yang ingin kita tampilkan.

Tidak meniru logo lain
Logo sesebuah organisasi itu penting agar ketika orang melihat logo kita, ia tidak tergambar produk lain selain produk kita. Apa yang terbayang di minda kita ketika melihat gambar buah epal yang digigit? Pasti kita akan secara langsung terbayang gadget ternama, Apple Inc.. Apabila gambar epal digigit itu dilihat di logo syarikat lain, maka kita akan mengatakan bahawa logo itu sebagai cetak rompak.

Tidak terlalu abstrak
Salah satu fungsi logo adalah untuk menjadi identiti dan untuk menyampaikan sesuatu. Ketika orang tidak melihat apapun dari logo kita kecuali bentuknya yang unik, bererti logo kita gagal. Pastikan kita membuat design logo yang tetap dapat menyampaikan sesuatu yang diinginkan tanpa perlu mengurangkan keunikannya.

Dapat diaplikasikan dalam pelbagai medium
Logo yang baik adalah logo yang dapat di-resize ke ukuran apa pun tanpa mengurangkan kualitinya. Selain itu, perlu diingatkan bahawa logo kita berkemungkinan diaplikasikan dalam pelbagai medium yang berbeza seperti kasut dan lain-lain. Usahakan supaya logo kita tetap elok ketika diaplikasikan dalam pelbagai medium. Gunakan format vector untuk mengelakkan daripada gambar pecah ketika di-resize.

Tidak menimbulkan makna lain
Beberapa logo syarikat ditarik untuk disebarkan kerana masyarakat menemukan makna lain ketika dilihat dari sisi yang berbeza. Misalnya logo “Weight Watchers” yang ketika dilihat lebih jelas ternyata tanpa disengajakan terselip kata-kata yang kurang enak pada logonya. Teliti design logo kita sebelum mempublishnya, atau dengan cara meminta pendapat daripada sahabat kita.

Pastikan design logo kita tetap unik secara visual dengan memperhatikan ciri-ciri di atas agar mudah dibezakan dan masyarakat dapat mengenalpasti produk kita secara langsung apabila melihat logo tersebut. Semoga tips ini dapat membantu dalam membuat design logo yang kita inginkan. Selamat beramal!

Asma’ Syamimi bt Mamat

Kuliah Syariah Islamiyah

Muat turun PDF Risalah Multimedia siri 27

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Fill out this field
Fill out this field
Please enter a valid email address.

keyboard_arrow_up